Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Sultan Muhammad Ke-V...

Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Muhammad Ke-V Sebagai rakyat negeri Kelantan, saya cukup gembira dengan pertabalan Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan bagi menggantikan ayahandanya. Baginda ditabal sebagai Sultan Kelantan pada Isnin minggu lepas. Hari ni, baginda berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-V. Tuanku Muhammad Faris Petra memang dikenali dengan sifatnya yang berjiwa rakyat. Baginda sering melawat kawasan-kawasan perkampungan bagi mendekati rakyat jelata. Malah, sifat sederhana baginda jelas dengan gayanya yang ringkas, serta gemar berjubah dan berbaju melayu. Sebagai rakyat, saya mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhaammad Faris Petra. Sesungguhnya Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan sultan yang dekat di hati rakyat jelata. Daulat Tuanku... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (Petikan dari laporan berita BERNAMA) Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat - Bernama Sultan Kelantan yan

Sederhana...

Dah seminggu lebih kita raya. Baru hari ni saya dapat kongsi cerita dengan semua...Hehehe... Sebenarnya tak ada cerita menarik pun yang nak dikongsikan. Sebab raya saya kali ni memang tak macam tahun-tahun sebelumnya. Yela, raya kedua dah kerja. Memang la tak seronok. Raya pertama pun saya tak ke mana-mana. Seperti biasa la, saya jarang keluar pada raya pertma.a Saya biasanya duduk di rumah je tunggu tetamu. Biasaanya saya keluar raya kedua dan ketiga. Kali ni, raya kedua dah kerja. Raya kedua, dari pagi sampai malam saya di pejabat. Kerja penuh. Memang bosan gak la. Tapi nak buat camne,kan. Dah kerja. Terpaksa la... Raya di pejabat Boringnye... Raya ketiga dengan keempat pula, saya sambung cuti. Tapi member-member semua dah sibuk. Susah nak jumpa. Cuma sempat gak la keluar minum dengan kawan-kawan rapat masa sekolah. Lepak-lepak, pusing-pusing, pastu main boling. Hehehe...Ok la dari duk kat umah je,kan... Jalan-jalan dengan kawan-kawan Lepas tu, saya dah sambung kerja balik pada hari

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010 M / 1431 H...

Esok hari raya...Esok hari raya...Hehehe... Dikesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010 M / 1431 H kepada semua sahabat yang mengikuti perkembangan saya di sini. Terima kasih banyak-banyak. Saya juga nak ambil kesempatan ni untuk memohon jutaan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada salah dan silap dalam menyampaikan dan berkongsi cerita dengan semua. Semoga Aidilfitri kali ni membawa sejuta keindahan buat kita semua. INSYAALLAH... Jangan lupa, datang beraya di rumah saya nanti ye. Tapi ingat, raya kedua jangan datang sebab saya kerja...Hehehe... Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir batin...

Dah Nak Raya...

Hari ni dah 5 September 2010, bersamaan dengan 26 Ramadhan 1431 H. Bermakna ni hari ke 26 kita berpuasa. Memang cepat masa berlalu, kan....... Kiranya raya dah semakin dekat. 5 hari je lagi nak raya. Tapi saya memang tak sempat. Sepatutnya esok saya cuti, tapi minggu ni semua kakitangan tak boleh cuti rehat. Tak boleh la nak keluar beli barang petang esok. Kalau nak beli barang pun, kena beli malam je la. Apa pun, pada kawan-kawan, saya nak ingatkan sekali lagi ek. Raya kedua saya kerja. Jadi, datang la raya pertama atau ketiga. Hehehe...