Langkau ke kandungan utama

Sederhana...

Dah seminggu lebih kita raya. Baru hari ni saya dapat kongsi cerita dengan semua...Hehehe...

Sebenarnya tak ada cerita menarik pun yang nak dikongsikan. Sebab raya saya kali ni memang tak macam tahun-tahun sebelumnya. Yela, raya kedua dah kerja. Memang la tak seronok. Raya pertama pun saya tak ke mana-mana. Seperti biasa la, saya jarang keluar pada raya pertma.a Saya biasanya duduk di rumah je tunggu tetamu. Biasaanya saya keluar raya kedua dan ketiga. Kali ni, raya kedua dah kerja. Raya kedua, dari pagi sampai malam saya di pejabat. Kerja penuh. Memang bosan gak la. Tapi nak buat camne,kan. Dah kerja. Terpaksa la...
Raya di pejabat

Boringnye...

Raya ketiga dengan keempat pula, saya sambung cuti. Tapi member-member semua dah sibuk. Susah nak jumpa. Cuma sempat gak la keluar minum dengan kawan-kawan rapat masa sekolah. Lepak-lepak, pusing-pusing, pastu main boling. Hehehe...Ok la dari duk kat umah je,kan...


Jalan-jalan dengan kawan-kawan

Lepas tu, saya dah sambung kerja balik pada hari Selasa. Sampai la sekarang. Tapi esok hari cuti mingguan saya. Boleh la rehat lagi. Lepas tu, semua akan sibuk dengan tugasan dalam pejabat.

Tak apa la. Saya memang sedar, bila dah besar ni, kemeriahan raya tu dah tak sama dengan zaman kanak-kanak dulu. Yang penting, kita kena hayati pengertian raya yang sebenar. Tentu raya kita lebih bermakna. Betul tak...? Hehehe..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...