Langkau ke kandungan utama

Aidilfitri 2011...

Alhamdulillah. Kita dah sama-sama selesai menjalani ibadat puasa sepanjang Ramadhan lalu. Dan kita juga dah pun menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri...

Kali ni, sambutan Aidilfitri untuk saya dan keluarga tetap sederhana seperti biasa. Tak ada la sambutan yang keterlaluan. Malah, bagi saya sambutan kali ni memang sederhana dan ringkas. Kebetulan pula saya memang tak ada duit sangat sebab dah guna untuk bayar hutang. Jadi, baju raya pun saya tak beli pun...Huhuhu...

Seperti biasa, pada hari raya pertama saya akan berada di rumah untuk meraikan tetamu yang datang. Cuma pada sebelah petang saya berkesempatan untuk keluar beraya. Itu pun sebab kawan saya Alfah yang ajak untuk beraya di rumah Cikgu Nahar. Dalam kul 5 petang kami keluar untuk ke rumah Cikgu Nahar di Kota Kubang Labu, dekat dengan Wakaf Bharu. Sembang-sembang dengan cikgu sambil tengok cucu pertama dia. Dalam kul 7 malam kami bergerak balik. Saya gi pulak umah Alfah. Relaks jap, pastu kuar balik gi umah Anis, sepupu Alfah kat Panji. Dalam kul 11 malam baru balik umah.

Untuk hari raya kedua, saya duk umah je. Tak de gi raya mana-mana pun. Ada gak la kawan-kawan keluarga yang datang. Raya ketiga pulak, saya beraya di rumah kawan baik masa SPM dulu, Gusti Afiz. Kami sempat gak la keluar cari barang untuk dijadikan hadiah sempena majlis perkahwinan seorang lagi kawan baik kami, Akbar Ali. Besar gak hadiah yang kami beli. Tak pernah lagi saya beli hadiah sebesar ni untuk majlis kawen kawan-kawan...Hehehe...

Hari Jumaat pun sama gak. Saya takde gi mana-mana. Duk umah je. Cuma hari Sabtu saya keluar untuk ke majlis perkahwinan Akbar. Saya pergi majlis tu dengan Gusti. Kat sana jumpa sorang lagi geng kami, Badiul Zaman. Best dapat berkumpul balik macam ni. Cuma bezanya kali ni kami berkumpul pada majlis perkahwinan salah sorang geng kami. Semoga berbahagia selamanya ye, Akbar...


Ahad tu saya dah bergerak balik ke Muadzam. Saya berkonvoi lagi dengan Bariey dan Tengku Naza. Saya turun dari umah kat KB dalam 7.30 pagi. Sampai di Muadzam 6.30 petang. 11 jam perjalanan dari KB. Memang letih sangat sebab jalan sesak. Maklumlah, semua orang dah mula balik ke tempat keje selepas beraya. Tu la kali pertama saya memandu selama 11 jam. Memang terlampau letih bila sampai Muadzam.

Minggu ni saya dah mula mengajar, tapi mood raya kuat lagi. Student pun masih lagi dengan suasana raya. Sampaikan masuk kelas pun bawak kuih raya...Hehehe...

Takpelah..Yang penting semua dah selamat reraikan kedatangan Syawal kali ni....Alhamdulillah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...