Langkau ke kandungan utama

Majlis Menyambut Menantu : Romi & Syila...


12 November 2011 adalah tarikh yang dipilih oleh adik saya dan isterinya untuk majlis di Kota Bharu. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga mengadakan majlis sebegini kerana sewaktu abang saya kahwin dulu, tak ada pun majlis. Semua buat di kampung. Jadi, agak menyeronokkan jugak la pengalaman pertama ni. Cuma, letih tu memang terasa.

Pelamin dah dipasang sehari sebelum majlis. Pelamin ni simple je, sebab tak ada acara bersanding pun. Cuma untuk sesi bergambar je. Saya sampai KB tengahari Jumaat, dan masa tu pelamin dah siap dipasang. Jadi, kami meneruskan persiapan yang lain pula, khususnya makanan.


 Pelamin ringkas untuk sesi bergambar...

 Sempat main dengan bunga hiasan...hehehe...

 Hiasan untuk meja makan beradab.

Masa hari majlis, masih ada lagi sedikit persiapan yang dilakukan. Dari pagi hingga ke malam, memang saya sibuk membantu segala keperluan majlis. Rombongan keluarga perempuan tiba dalam pukul 2 petang. Sebelum tu pun dah ramai tetamu datang. Cuma, majlis bagaikan tergendala apabila hujan lebat turun pada sebelah petang. Tapi masih ada tetamu yang datang. Selain kenalan keluarga, rakan-rakan adik saya sewaktu belajar pun ramai yang datang. tidak lupa Cikgu Nahar yang turut diundang.

Secara peribadi, memang seronok bila ada acara begini. Keletihan tu memang dah tak dapat dielakkan, tapi yang penting ialah keseronokan bila dah berkumpul ramai-ramai, terutamanya ahli keluarga jauh yang jarang sangat dapat berjumpa. Family dari Johor pun datang, family dari kampung pun datang gak.

Cuma saya agak 'gelisah' sebab terlalu banyak yang mengajukan soalan panas pada saya. Maklumlah, saya beluk kawen lagi, tapi adik dah selamat melangsungkan majlisnya. Nak buat macam mana, kan...jodoh belum sampai...huhuhu...

Gaya comel Iena yang sememangya dah comel...hehehehe...

Apa pun, majlis ini tetap akan meninggalkan kenangan pada kami. InsyaALLAh, saya akan kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang majlis itu nanti. Ini ada beberapa keping je gambar yang diambil menggunakan handphone saya. Yang lain akan saya update kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...