Langkau ke kandungan utama

Pingat Emas Sukan SEA Kekal Milik Malaysia...



Tahniah....!!!!

Tahniah....!!!!

Tahniah....!!!!

Itu je mampu diungkapkan bagi menggambarkan rasa berterima kasih dan bangga dengan pencapaian skuad Harimau Muda dalam mempertahankan pingat emas sukan SEA. Sekali lagi, Harimau Malaya membuktikan bahawa mereka lebih hebat dari Sang Garuda yang dua kali tumbang di bumi sendiri pada temasya Sukan SEA kali ni.

Sememangnya perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA semalam adalah perlawanan paling mendebarkan melibatkan skuad negara untuk tahun ni. Bermula dari minit pertama lagi, aksi bertenaga dipersembahkan dari kedua-dua pasukan.

Memang terkejut dan tergamam bila Indonesia berjaya mendapat gol seawal minit ke-5. Saya risau jika gol awal ini akan menyentap semangat dan moral pemain kebangsaan. Namun, mereka nyata matang dalam permainan. Mereka bangkit dan terus menyerang Indonesia untuk mendapatkan gol penyamaan. Hasilnya, Asrarudin berjaya menyamakan kedudukan sebelum berakhir babak pertama.

Separuh masa keuda, kedua-dua pasukan meneruskan rentak serangan bagi mendapatkan gol. Namun, kekebalan benteng pertahanan dan kesilapan menyerang membantutkan usaha memperolehi gol. Walaupun terdapat beberapa situasi cemas yang boleh menghasilkan gol, namun tiada sebarang tambahan jaringan dapat dihasilkan.

Perlawanan berlarutan hingga ke 30 minit masa tambahan. Masing-masing mendapat gol namun dibatalkan kerana offside. Walaupun para pemain sudah keletihan, namun rentak menyerang tetap diteruskan. Segala kudrat yang ada digunakan sebaik mungkin. Namun keputusan berakhir seri 1 - 1 dan perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.


Pada penentuan sepakan penalti, Malaysia akhirnya berjaya menumpaskan Indonesia dengan jaringan 4-3 sekaligus mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos. Rasanya semua rakyat Malaysia bersetuju bahawa Khairul Fahmi Che Mat nyata sekali menjadi wira negara sejak awal permainan hinggalah ke penentuan sepakan penalti. Ketangkasannya jelas membanggakan dan sekaligus mebuatkan Stadium Gelora Bung Karno sunyi sepi.

Skuad Indonesia juga seharusnya berbangga kerana berjaya mempamerkan akhir hebat semalam. Tidak perlu dikesali kerana pasukan Indonesia juga hebat. Sama-samalah kita berjuang agar kedua-dua pasukan ini akan bertemu sekali lagi di pentas akhir Sukan SEA akan datang. InsyaALLAH...

Apa pun, tahniah sekali lagi buat barisan muda negara kerana berjaya mengekalkan pingat emas bola sepak Sukan SEA. Pengorbanan anda semua tidak akan dilupakan oleh jutaan rakyat Malaysia. Kami bangga dengan anda semua...

Malaysia Boleh...!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...