Langkau ke kandungan utama

Selamat Pengantin Baru Abe Di...

Lama tak update blog. Kali ni saya nak kongsikan gambar dah serba sedikit coretan sempena majlis kahwin abang sulung saya, Abe di.

Majlis akad nikah telah diadakan pada hari kedua AidilAdha yang lalu, 27 November 2012. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan, Kak Chik. Walaupun bermula agak lambat, tapi majlis berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz, pasangan sah jadi suami isteri.










Keesokan hari, diadakan kenduri di rumah perempuan. Pengantin mengenakan baju berwarna coklat. Rombongan lelaki tiba di rumah pengantin perempuan sekitar jam 3 petang.



















Kenduri sebelah umah saya pulak dibuat pada hari Selasa, 30 November 2012. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dari tengahari sampai petang, tetamu tak putus-putus datang. Hari pun tak hujan. Memang sesuai la untuk majlis kenduri kami.












Kepada Abe Di & Kak Chik, selamat pengantin baru. Semoga bahagia selamanya....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com