Langkau ke kandungan utama

31313...

Lama tak update blog saya ni. Memang saya sibuk dalam masa 2,3 bulan ni. Dan ini adalah entry pertama saya selepas bergelar suami...Hehehe...

Hari ni saya nak kongsikan detik paling bermakna dalam hidup saya. Tarikh keramat 31313 atau 31 Mac 2013 (31/03/2013) menjadi detik permulaan dimensi baru hidup saya. Pada tarikh itu, saya telah sah diijab kabulkan dengan gadis pilihan hati saya, Noraniza Safiee.



Saya nak kongsikan serba sedikit perjalanan saya menuju ke tarikh keramat saya ni. Saya telah mula bercuti sejak 29 Mac lagi. Saya siapkan segala keperluan di Muadzam Shah sebelum bergerak ke Mentakab. Saya ke Mentakab pada 30 Mac. Saya tinggal di homestay yang tidak jauh dari rumah Nora. Sambil menunggu keluarga saya dari KB, saya sempat mencuba pakaian pengantin. Bila keluarga dan rombongan pihak saya sampai, saya bagi je mereka rehat sebab semua persiapan dah sedia. Rehat punya pasal sampaikan lupa nak pakaikan inai di jari saya. Mujur la mak saya tersedar pukul 1 pagi dan terus pasangkan inai untuk saya. Memang mengantuk sangat masa tu tapi kena pakai gak.

Inai di jari

Keesokan hari, tibalah hari bersejarah untuk saya. Kami bersiap sedia awal pagi lagi. Dalam pukul 9 pagi, kami gerak ke rumah pengantin perempuan unbtuk bersarapan pagi. Selesai bersarapan baru kami gerak ke surau di Taman Saga Indah. Majlis akad nikah akan diadakan di surau.

Saya tak tahu nape, tapi saya memang takde rasa berdebar. Dari hari-hari sebelumnya lagi, saya memang dah rasa pelik. Biasanya orang akan selalu cerita yang bila dah dekat tarikh nak akad nikah, memang akan berdebar. Tapi saya rasa biasa je. Macam tak ada apa-apa akan berlaku.

Sampai saatnya bila saya duduk berhadapan dengan tok kadi. Macam saya cakap tadi, saya memang takde rasa berdebar. Ditambah pulak dengan tok kadi yang memang suka cakap sesuatu untuk melegakan pengantin. Lagi la saya relaks.






Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi suami kepada Noraniza Binti Safiee. Bermulalah fasa baru hidup saya. Selesai majlis akad nikah, sempat la bergambar jap dalam surau tu. Kemudian kami balik dulu ke homestay untuk berehat. Majlis bersanding akan diadakan tengahari.

Kami terlewat sikit untuk ke majlis bersanding. Masa kami sampai memang dah ramai orang. Sampai je saya terus dipasangkan dengan Nora. Kami diarak menuju ke pelamin. Bermula la sesi merenjis air mawar. Selain kaum keluarga, ada juga kawan-kawan Nora yang merenjis. Selesai merenjis, kami sempat bergambar bersama tetamu. Kemudian saya dan Nora dibawa ke meja makan untuk makan beradap.




















Selesai makan, kami sambung bergambar. Dekat pelamin dan dalam bilik pengantin. Kemudian, kami keluar bergambar di kawasan stesyen keretapi untuk sesi outdoor. Memang letih sangat. Dengan hari panas lagi. Berpeluh-peluh masa tu. Tapi demi mendapatkan gambar kenangan terbaik, tahan je...Hehehe...

Selesai majlis, kami kemas bersama-sama dengan yang lain. Macam biasa la, pengantin kena la basuh periuk belanga yang digunakan tu. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dari mula sampai habis.

Memang saya gembira sangat sebab semuanya lancar. Malah, gembira juga sebab dah selamat bertukar status dari bujang kepada suami orang. Hehehe...

Hari ni dah 30 April. Bermakna dah sebulan la saya bergelar suami kepada Noraniza Safiee. Banyak benda perlu dipelajari. Kepada kawan semua, doakan lah yang terbaik untuk kami. InsyaAllah, kami akan buat yang terbaik.


Ulasan

Akashah Kassim berkata…
comel pengantin perempuan..
anyway selamat pengantin baru bro..
semoga bahagia ke akhir hayat
layan...
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehehe...tq kashah... :)

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad