Alhamdulillah. Pada Mei lalu, dah masuk 5 tahun sebenarnya saya bercerita dalam blog kesayangan saya ni. Dalam kesibukan bekerja, saya tetap akan cuba luangkan masa untuk bercerita dan berkongsi maklumat terbaru mengenai saya, khas untuk tatapan sahabat-sahabat.
Dalam 5 tahun ni, banyak sangat benda dah saya kongsikan. Dari soal kerja, persahabatan, keluarga, hinggalah hal-hal peribadi yang boleh dikongsi. Pelbagai pahit manis kehidupan saya kongsikan bersama.
Siapa sangka, banyak benda berubah dalam 5 tahun. Contohnya dalam soal kerjaya. Waktu mula-mula berblogger ni, saya masih lagi kerja di Terengganu. Kemudian saya berhenti dan sempat menganggur 8 bulan. Dapat keje plak di KB tapi tak sampai setahun dapat tawaran menjadi pensyarah. Dan di sini lah saya sekarang. Muadzam Shah, Pahang.
Namun, dek kesibukan yang makin ketara, jumlah post saya dalam blog ni dah makin menurun. Bukan tak ada cerita nak dikongsi, jauh sekali bosan untuk menulis. Tapi kerana kesibukan sehingga membataskan masa saya untuk bercerita dengan lebih kerap. Saya hanya mampu berkongsi cerita bila ada kelapangan.
Kepada semua yang masih sudi melayan bahan-bahan yang saya kongsikan, terima kasih saya ucapkan. Seperti yang saya nyatakan di awal sewaktu saya berblogger, saya menulis bukan untuk mendapat nama, jauh sekali untuk mencari keuntungan. Saya hanya mahu berkongsi sesuatu mengenai diri saya dengan kawan-kawan. Sekurang-kurangnya, boleh kawan-kawan tahu perkembangan baru saya.
Apa pun, terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Jika dipanjangkan umur, saya akan tetap bercerita di masa-masa depan. Doakan kesejahteraan saya dan keluarga.
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u.~
Ulasan