Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Berhujung Minggu Di JB...

Hujung minggu lepas saya dan wife gerak ke JB untuk menghadiri majlis perkahwinan Asyran & Safia. Majlis hari Ahad, tapi saya gerak sehari awal dan akan bermalam di rumah pakcik di JB. Kami gerak dari Muadzam dalam jam 12.30 tengahari. Kami singgah di Segamat sebab pakcik sekeluarga ada kat sana, tengok anak buah saya buat persembahan pada hari terakhir tadika dia. Tahniah Arina sebab dapat nombor 1... Hehehe... Dalam kul 3.30 kami gerak dari Segamat untuk ke Pulai Indah, JB. Perjalanan semua ok, cuma bila dah nak sampai tu, kereta saya buat hal. Brek berbunyi, macam dah habis brek pad. Risau betul. Terpaksa la bawak slow je. Pada sebelah malam, sepupu saya ajak keluar Diaorang bawak ke Danga Bay. Kami bawak sekali anak-anak buah saya tu. Saja layan diaorang malam-malam. Sambil-sambil wife saya pun tak pernah sampai lagi Danga Bay ni. Tercapai la hajat dia..Hehehe...

SYMP....

SYMP adalah ringkasan bagi "Saya Yang Menurut Perintah" Biasa bila kerja sektor awam ni, memang selalu kena amalkan ayat ni. Sebab apa? Sebab kita hanya pekerja. Pihak atasan lebih dominan suaranya. Cuma pada yang bersuara dominan, tak perlu nak salahkan saya yang takde apa-apa ni. Saya sentiasa amalkan SYMP ni. Kalau ada apa-apa, bincang dengan pihak atasan saya. Tak perlu terus 'serang' saya. Dah la suara tu kuat. Bergegar satu bilik ni dengan suara anda. Semua orang akan anggap saya yang buat salah. Timbang rasa sikit ye 'Encik Bersuara Dominan'. Benda ni bukan salah saya. SYMP. SYMP... SYMP... SYMP... Ingat...SYMP... Ish...Geram pulak rasanya. Tak pelah...Nak buat camne...Saya ni semut je. Anda gajah. Mana larat nak lawan. Apa boleh buat...Redha je la....

Accept...Let Go...Move On...

Nick Vujicic

Gelagat Pelajar Saya...

Saya nak kongsikan beberapa gambar gelagat pelajar saya sepanjang semester Jun 2013 ni. Layan je... Hehehe... Dah masuk 2 tahun setengah, ni kali pertama pelajar gabung nama saya dengan pensyarah lain... Ishhh...    Confirm tak faham soalan ni. Takkan nak gi beli motherboard pun kena pakai static strap. Siap ada elektrik mengalir lagi...Tension betul budak-budak ni... Pelajar ni letak ayat ni pada helaian akhir jawapan dia. Lepas abis tanda baru perasan ada ayat ni. Maaf la, saya tak pasti hati saya lembut ke tak. Nanti ada gambar lain saya akan kongsikan lagi... Peace no war... :)

Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang...

 Gempak tak tajuk? Tapi ni bukan pasal lagu Tegar tu. Ni hal lain... Hehehe... Apa yang saya nak kongsikan mengenai 'yang dulu bukan yang sekarang' ni adalah pasal karenah pelajar. Banyak benda yang saya perhatikan pasal pelajar zaman sekarang yang memang jauh berbeza dengan zaman saya dulu. Ya, mungkin normal apabila satu generai berubah ke generasi yang lain, namun adalah merugikan jika perubahan itu sesuatu yang tidak baik. Hampir 2 tahun 6 bulan saya menjadi pendidik. Banyak perkara yang saya lihat sehingga membuatkan saya terfikir. Di mana silapnya apabila pelajar zaman sekarang berbeza sangat berbanding dulu? Salah cikgu yang mengajar atau asas dari rumah yang sememangnya tidak kukuh? Atau mungkin pengaruh luaran yang menjadi penyebab? Masa saya belajar dulu, memang ada pelajar yang nakal dalam kelas. Suka tido, tak siap keje, bising, dan banyak lagi. Jarang sekali saya dengar pelajar yang berkelakuan kurang ajar dengan cikgu. Tapi sekarang perkara sebegitu ma