Langkau ke kandungan utama

Berhujung Minggu Di JB...

Hujung minggu lepas saya dan wife gerak ke JB untuk menghadiri majlis perkahwinan Asyran & Safia. Majlis hari Ahad, tapi saya gerak sehari awal dan akan bermalam di rumah pakcik di JB.

Kami gerak dari Muadzam dalam jam 12.30 tengahari. Kami singgah di Segamat sebab pakcik sekeluarga ada kat sana, tengok anak buah saya buat persembahan pada hari terakhir tadika dia. Tahniah Arina sebab dapat nombor 1... Hehehe...

Dalam kul 3.30 kami gerak dari Segamat untuk ke Pulai Indah, JB. Perjalanan semua ok, cuma bila dah nak sampai tu, kereta saya buat hal. Brek berbunyi, macam dah habis brek pad. Risau betul. Terpaksa la bawak slow je.

Pada sebelah malam, sepupu saya ajak keluar Diaorang bawak ke Danga Bay. Kami bawak sekali anak-anak buah saya tu. Saja layan diaorang malam-malam. Sambil-sambil wife saya pun tak pernah sampai lagi Danga Bay ni. Tercapai la hajat dia..Hehehe...


















Esoknya, saya dan wife gerak ke majlis Asyran dan Safia dalam kul 12.30 tengahari. Susah gak nak cari rumah Safia, sampaikan kami tersesat jap. Mujur jumpa. Sempat la jumpa pengantin dan bergambar dengan diaorang. Kepada dua orang sahabat saya ni, selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke Syurga. Jangan honeymoon lama sangat. JTMK dah rindu korang...Hehehe...


Balik dari kenduri, saya dan wife follow plak kenduri kenalan sepupu saya. Dua kali la makan kenduri. Dari situ, kami ke Angsana untuk jalan-jalan sebelum balik. Seharian jalan-jalan ni letih gak, tapi seronok sebab bukan selalu dapat jumpa camni. Saya sampai Muadzam dalam kul 10.30 malam.

InsyaAllah, next time boleh jalan lagi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...