Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014...

Akhirnya kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir bagi tahun 2013. banyak sangat kenangan manis bagi saya tahun ni. 2013 akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Pada tahun 2013 ini, status saya berubah dari bujang kepada berkeluarga. Semestinya ianya menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya. Tarikh keramat 31-3-13 akan saya ingat selamanya. Rezeki juga agak murah tahun ni kerana sekarang saya dalam fasa akhir untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama saya. Memang tak sabar sangat nak sambut baby sendiri ni. Biasanya layan baby orang je. Bila nak dapat baby sendiri, memang excited sangat. Dalam kerja, tahun ni menampakkan peningkatan dalam kerja saya. Dari segi produktiviti dan pengurusan masa, sememangnya tahun 2013 ni adalah yang terbaik. Jadi, azam saya untuk 2013 sebenarnya dah tercapai. Untuk 2014, saya tak meletakkan azam yang tinggi. Cukuplah sekadar saya berazam untuk memastikan kelahiran anak sulung saya dalam suasana yang terbaik. Saya juga berharap kerja

Perbezaan Mereka...

Minggu lepas telah diadakan sesi pilihanraya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2014. Seperti biasa, pelbagai gelagat pelajar dapat dilihat sepanjang seminggu calon berkempen. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah medium yang digunakan untuk berkempen. Kalau zaman saya dulu, memang takdelah nak berkempen di laman sosial ni sebab masa tu laman sosial ni memang tak banyak. Setakat tampal poster dan buat sesi ucapan terbuka untuk membentangkan usul masing-masing. Situasi sekarang memang berbeza. Dengan adanya kemudahan laman sosial, sesi membentangkan usul atau manifesto jadi lebih mudah. Masing-masing hanya berkempen di laman sosial dan tidak lagi berucap secara terbuka. Ada kebaikan dan kekurangan juga cara baru ni, tapi semua bergantung kepada calon itu sendiri untuk mencorakkan bentuk kempen mereka. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah gelagat pelajar yang menggunakan laman sosial sepanjang sesi berkempen dan piliharaya ni. Ada yang berfik