Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014...

Akhirnya kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir bagi tahun 2013. banyak sangat kenangan manis bagi saya tahun ni. 2013 akan tetap saya ingat sampai bila-bila.

Pada tahun 2013 ini, status saya berubah dari bujang kepada berkeluarga. Semestinya ianya menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya. Tarikh keramat 31-3-13 akan saya ingat selamanya.

Rezeki juga agak murah tahun ni kerana sekarang saya dalam fasa akhir untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama saya. Memang tak sabar sangat nak sambut baby sendiri ni. Biasanya layan baby orang je. Bila nak dapat baby sendiri, memang excited sangat.

Dalam kerja, tahun ni menampakkan peningkatan dalam kerja saya. Dari segi produktiviti dan pengurusan masa, sememangnya tahun 2013 ni adalah yang terbaik.

Jadi, azam saya untuk 2013 sebenarnya dah tercapai. Untuk 2014, saya tak meletakkan azam yang tinggi. Cukuplah sekadar saya berazam untuk memastikan kelahiran anak sulung saya dalam suasana yang terbaik. Saya juga berharap kerja saya sepanjang 2014 dapat diuruskan dengan lebih baik.

Apa pun, kenangan 2013 tak mungkin boleh dilupakan. Semoga 2014 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk saya, keluarga dan juga anda semua. Insya Allah...

Selamat tinggal 2013 yang penuh kenangan...

Selamat datang 2014 yang bakal mencabar...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...