Langkau ke kandungan utama

Perbezaan Mereka...

Minggu lepas telah diadakan sesi pilihanraya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2014. Seperti biasa, pelbagai gelagat pelajar dapat dilihat sepanjang seminggu calon berkempen.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah medium yang digunakan untuk berkempen. Kalau zaman saya dulu, memang takdelah nak berkempen di laman sosial ni sebab masa tu laman sosial ni memang tak banyak. Setakat tampal poster dan buat sesi ucapan terbuka untuk membentangkan usul masing-masing.

Situasi sekarang memang berbeza. Dengan adanya kemudahan laman sosial, sesi membentangkan usul atau manifesto jadi lebih mudah. Masing-masing hanya berkempen di laman sosial dan tidak lagi berucap secara terbuka. Ada kebaikan dan kekurangan juga cara baru ni, tapi semua bergantung kepada calon itu sendiri untuk mencorakkan bentuk kempen mereka.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah gelagat pelajar yang menggunakan laman sosial sepanjang sesi berkempen dan piliharaya ni. Ada yang berfikir secara matang dan mencadangkan usul yang bagus dan sewajarnya mendapat perhatian terhadap idea mereka yang bernas tu. Mereka lebih cakna dengan persekitaran dan mampu memberi idea dalam meningkatkan tahap kehdupan di kampus.


Saya kongsikan satu status di FB pelajar yang memberi cadangan yang baik. Pelajar ini meminta calon yang menang untuk mengusulkan dalam mesyuarat tentang etika pemakaian pensyarah perempuan yang tidak sesuai untuk dipakai ke kelas. Bagi saya, cadangan ini adalah cadangan yang berani dan baik. Mereka peka dengan sekeliling mereka dan mahukan yang terbaik untuk semua pihak, tidak kira pelajar atau pensyarah. Secara peribadi juga, saya sokong cadangan pelajar ini kerana ada kebenaran dalam komennya itu. Walaupun bukan semua, namun memang ada segelintir pensyarah seperti yang pelajar ini gambarkan.

Namun, ada juga pelajar yang seolah-olah menonjolkan sisi mereka yang sememangnya tidak matang. Membuat status atau komen dengan hanya berpandukan kepada niat untuk mendapat perhatian semata. Tanpa ada motif dan juga tujuan yang baik untuk diperhatikan. Tak salah untuk bergurau atau melawak, tapi janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga menampakkan seperti pelajar ini mempunyai tahap intelektual yang sangat rendah.


Sebagai contoh, status ini ditulis oleh seorang pelajar ke dalam group yang turut disaksikan oleh ramai pensyarah dan pelajar lain. Statusnya jelas sekali tidak bijak dan komen yang dibuat pada ruangan komen juga agak bongkak. Memang diakui bukan semua pekajar sebegini, namun mereka inilah yang boleh menjejaskan pemikiran pelajar-pelajar lain, terutamanya pelajar baru.

Oleh itu, pelajar seharusnya berfikiran matang dalam mengusulkan sesuatu perkara di laman sosial. Buatlah sesuatu yang berfaedah melalui laman sosial ni dan jangan sesekali salah guna laman sosial anda. Berilah gambaran bahawa anda adalah pelajar institut pengajian tinggi, dan bukannya pelajar sekolah rendah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...