Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Kalaulah Lambat...

Alhamdulillah....Allah masih panjangkan umur saya dikala menantikan kelahiran cahaya mata pertama saya... Tak dapat saya bayangkan apa akan jadi kalau saya lambat bergerak bila diserang seekor ular tedung. Semuanya berlaku sekelip mata. Kalau saya tak lambat, satu patukan pasti kena kepala saya. Khamis lepas, lebih kurang 9.30 malam, saya nak keluar la ke hospital. Bila buka pagar pintu rumah, saya terdengar bunyi macam desiran pelik. Dalam hati, saya agak ni bunyi ular, tapi tak pasti spesis apa. Saya dengar bunyi tu dari dalam rak kasut yang ada sebelah saya je. Sambil nak pakai selipar atas tangga, saya cuba la nak jenguk dalam rak tu. Tiba-tiba keluar ular tedung yang dan mengembang nak patuk saya. Saya terkejut dan sempat melompat turun tangga. Masa tu ketar seluruh badan sebab terkejut sangat. Terus saya bagi tahu abang dan ayah yang ada dalamm rumah. Mintak diaorang call bomba. Masing-masing terkejut masa tu sebab ular tu besar. Entah bila lagii ular tu ada dalam rak tu. K

Hanya Yang Terbaik Dari ALLAH...

Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAh juga yang menentukannya. ALLAH tetap akan berikan yang terbaik untuk hamba NYA... Di awal kandungan isteri saya, saya mula risau mengenai permintaan ibu saya agar isteri saya melahirkan anak pertama kami di KB. Saya sendiri sedar bahaya kandungan pertama ni biasanya isteri nak berpantang di rumah keluarga sendiri. Namun, ALLAH telah memudahkan urusan saya bila ibu mertua saya tidak dapat menjaga isteri saya ketika pantang kerana ada kekangan lain. Jadi, kami sebulat suara memilih agar isteri saya berpantang di KB. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Tarikh jangkaan isteri saya bersalin adalah pada 11 Februari 2014. Saya menggunakan baki cuti saya tahun lepas yang memang saya simpan untuk detik kelahiran baby saya ni. Saya cuti seminggu, dari 10 hingga 14 Februari. Saya pulang ke KB 3 hari sebelum jangkaan bersalin. Memang saya terlalu teruja dan tak sabar menunggu detik itu. Setiap kegembiraan pa

Ahli Keluarga Baru...

Alhamdulillah...Kami menyambut seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami. Abang saya menyambut kelahiran cahaya matanya pada 2 Februari, 12.50 tengah malam. Nama diberi Nur Aulia Izzatunnisa. Cantik nama tu. Selamat datang ke keluarga kami Aulia. Semoga membesar dengan sihat. InsyaAllah.. p/s : Menghitung hari menunggu giliran menjadi bapa...