Langkau ke kandungan utama

Hanya Yang Terbaik Dari ALLAH...

Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAh juga yang menentukannya. ALLAH tetap akan berikan yang terbaik untuk hamba NYA...

Di awal kandungan isteri saya, saya mula risau mengenai permintaan ibu saya agar isteri saya melahirkan anak pertama kami di KB. Saya sendiri sedar bahaya kandungan pertama ni biasanya isteri nak berpantang di rumah keluarga sendiri. Namun, ALLAH telah memudahkan urusan saya bila ibu mertua saya tidak dapat menjaga isteri saya ketika pantang kerana ada kekangan lain. Jadi, kami sebulat suara memilih agar isteri saya berpantang di KB.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Tarikh jangkaan isteri saya bersalin adalah pada 11 Februari 2014. Saya menggunakan baki cuti saya tahun lepas yang memang saya simpan untuk detik kelahiran baby saya ni. Saya cuti seminggu, dari 10 hingga 14 Februari. Saya pulang ke KB 3 hari sebelum jangkaan bersalin. Memang saya terlalu teruja dan tak sabar menunggu detik itu.

Setiap kegembiraan pasti akan diselangi dengan dugaan agar hamba NYA sedar akan tanggungjawab dan tidak leka dibuai kegembiraan. Ternyata saya dan isteri turut diduga kali ini. Hari demi hari menunggu, isteri saya belum juga bersalin. Dah terlebih dari jangkaan sebenar. Ahad lepas, merupakan hari ke-5 baby lewat lahir dari jangkaan. Masa jumpa doktor petang Ahad pun takde makluman lanjut diberi. Cuma doktor bagi tempoh sampai Jumaat ni je. Kalau tak bersalin gak, terpaksa la masuk wad untuk 'paksa' baby keluar.

Cuti saya dah habis. Tinggal cuti tahun ni. Tu pun tak boleh nak ambik sekaligus sebab ada pengiraan khas untuk cuti ni. Ikut kelayakan bulanan. So, saya takde pilihan lain. Semalam, saya terpaksa balik ke Muadzam dan akan mula kerja. Masalahnya ialah kos ulang alik tu agak tinggi. bulan ni memang saya dah habis bajet. Untuk balik ke KB nanti, saya terpaksa cari duit lain untuk kos perjalanan. Memang berat juga kalau difikirkan. Tapi memang tak ada cara lain. Ini je yang termampu saya buat.

Saya redha. Saya terima semua ini sebagai satu dugaan untuk menguji kesabaran sebagai hamba NYA. Saya tetap yakin bahawa ALLAh mahu beri yang terbaik untuk setiap hamba NYA. Semua ini rahsia ALLAH. Sebagai hamba, saya terima seadanya.

Saya berharap agar proses kelahiran baby kami nanti akan berjalan dengan lancar. Doa-doakanlah yang terbaik untuk kami sekeluarga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...