Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Setahun Yang Indah...

Semalam, 24 Februari 2015, genaplah setahun usia Nur Qaisara Adelia, a.k.a Cik Sara kesayangan saya ni. Cik Sara dah setahun umurnya Terlalu banyak kenangan indah sepanjang setahun kelahiran Cik Sara ni. Cik Sara telah menambah seri dalam keluarga kami. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi saya balik dan teman isteri di wad bersalin selama 13 jam semata-mata nak menunggu kelahiran puteri hati saya ni. Pejam celik, dah makin besar Cik Sara rupanya. Sebagai bapa, tentu sekali menjadi satu saat yang membahagiakan apabila dapat melihat perkembangan anak depan mata sendiri. Daripada dia mula-mula lahir, saya dapat saksikan dia mula meniarap, menyusur, merangkak, dan sekarang dah mula berjalan. Semuanya saya dapat saksikan. Mungkin ini adalah salah satu faktor saya tak sanggup berjauhan dengan Cik Sara. Rindu dengan keletah dia. Seperti bapa lain di dunia, tentu sekali kita tak sanggup melihat bila anak menangis bila sakit atau demam. Itu perkara paling saya r

Perginya TGNA Selamanya...

12 Februari 2015..Tarikh yang tak munkin akan dilupakan oleh seluruh rakyat Kelantan. Perginya Tuan Guru Nik Aziz selama-lamanya... Terlalu sayu hati bile mendapat perkhabaran bahawa TGNA semakin tenat dan telah dibawa pulang ke rumah sekitar 8.50 malam selepas lama mendapatkan rawatan di HUSM. Dan pada jam 9.45 malam,12 Februari 2015, TGNA menghembuskan nafasnya tang terakhir di kediamannya. Seluruh rakyat Kelantan menangisi pemergian tokoh ulama yang bergitu disegani ini. Terlalu banyak jasa dan pengorbanannya sepanjang  bergelar Menteri Besar Kelantan. Terlalu banyak juga jasanya dalam mempertahankan kesucian Islam, khususnya di negeri Kelantan. Sebagai anak Kelantan, saya cukup sedih dengan pemergian tokoh yang terlalu saya hormati ini. Takkan ada insan lain yang mampu menggantikan TGNA di hati seluruh rakyat Kelantan. Ya ALLAH... Tempatkanlah tuan guru kami di tempat paling istimewa disisi MU... Syurga menanti mu TGNA... Al-Fatihah...