Langkau ke kandungan utama

Setahun Yang Indah...

Semalam, 24 Februari 2015, genaplah setahun usia Nur Qaisara Adelia, a.k.a Cik Sara kesayangan saya ni.

Cik Sara dah setahun umurnya

Terlalu banyak kenangan indah sepanjang setahun kelahiran Cik Sara ni. Cik Sara telah menambah seri dalam keluarga kami. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi saya balik dan teman isteri di wad bersalin selama 13 jam semata-mata nak menunggu kelahiran puteri hati saya ni. Pejam celik, dah makin besar Cik Sara rupanya.

Sebagai bapa, tentu sekali menjadi satu saat yang membahagiakan apabila dapat melihat perkembangan anak depan mata sendiri. Daripada dia mula-mula lahir, saya dapat saksikan dia mula meniarap, menyusur, merangkak, dan sekarang dah mula berjalan. Semuanya saya dapat saksikan. Mungkin ini adalah salah satu faktor saya tak sanggup berjauhan dengan Cik Sara. Rindu dengan keletah dia.

Seperti bapa lain di dunia, tentu sekali kita tak sanggup melihat bila anak menangis bila sakit atau demam. Itu perkara paling saya risaukan. Saya tak sanggup tengok Cik Sara menangis. Pilu hati saya tengok dia menangis. Sebolehnya saya akan buat yang terbaik untuk anak saya ni. Segalanya untuk dia.

Untuk ulang tahun pertama Cik Sara ni, dia dapat hadiah basikal lembu yang dia guna dalam gambar atas tu. Tu hadiah dari atuk dan nenek di KB. Saya juga ada hadiahkan mainan kereta untuk dia main. Boleh la ibu bawak Sara main di taman nanti. Cuma hajat nak beli kek untuk Sara semalam tidak kesampaian sebab kedai kek dah tutup. Mungkin saya belikan masa balik Mentakab hujung minggu ni.

Untuk anak abah, Nur Qaisara Adelia, abah doakan anak manja abah ni sihat dan ceria selalu. Semoga Cik Sara membesar sempurna. Jangan nakal-nakal. Selalu dengar cakap abah dan ibu. Jadi anak yang solehah. InsyaAllah...


Selamat Hari Lahir Yang Pertama Untuk Cik Sara Manja Abah...

Love you Nur Qaisara Adelia...





p/s : nanti saya update gambar Cik Sara...sibuk sikit..hehe





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...