Langkau ke kandungan utama

Kekuatan Penuh...

Uhuk..uhukk...uhukkkkk....

Batuk plak...banyak sangat debu. Siap bersawang lagi dalam blog ni. Lama sangat tak update...hehe...

Posting penuh saya yang terakhir adalah pada Julai 2015. Lama sangat dah rasanya. Banyak dah berubah sejak tarikh tu. InsyaAllah, saya akan cuba post perkembangan-perkembangan terbaru lepas ni. Mungkin tak banyak, tapi ada gak la..hehehe...

Kali ni saya nak kongsikan detik menarik yang saya hadapi penghujung tahun lepas. Detik di mana saya menerima seorang lagi cahaya mata yang menjadi penghibur keluarga kecil kami.

Baby saya dijangka lahir pada 15@16 Disember 2016. Kali ni isteri saya decide nak bersalin di Mentakab plak. Jadi, kami balik ke Mentakab la kali ni. Disebabkan dah over duw selama seminggu, terpaksa la serah diri di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada 22 Disember 2016. Kondisi baby masa tu takde masalah. Ok je.

Selepas diberi ubat untuk mempercepatkan kelahiran, akhirnya isteri saya dibawa masuk ke bilik bersalin pada jam 10.30 pagi, 24 Disember 2016. Masa tu semuanya ok, dan tiada masalah untuk bersalin normal. Isteri saya pun sempat la sarapan dulu pagi tu dalam jam 8 pagi.



Masa tu saya dah tunggu di luar bilik bersalin, tunggu nurse panggil masuk untuk teman isteri. Dalam jam 11.30, nama saya dipanggil masuk. Bila masuk, saya tengok isteri dah nangis. Datang sorang doktor ni terangkan keadaan ketika tu. Katanya, ada pergerakan yang kuat dalam perut dan baby telah berubah posisi. Bila doktor check di laluan, katanya dia terpegang hidung baby. Untuk kepastian, sorang lagi doktor check. Kali ni doktor tu terpegang hidung dan mulut baby. Jadi, doktor sahkan bahawa muka baby yang berada di lalui tu. Istilah dia panggil 'face presentation'. Lebih kurang camtu la kot...hehe...

Disebabkan situasi baby sekarang ni, doktor maklumkan pada saya bahawa isteri saya tak boleh bersalin normal kerana risiko pada baby. Jadi, perlu emergency cizer. Masa tu baru la saya paham kenapa isteri saya menangis. Saya pun takleh nak cakap apa, kira setuju je la sebab risaukan keadaan baby ketika tu.

Dalam kul 12.15 tengahari, isteri saya ditolak masuk ke dewan bedah. Masa tu, saya diberi penerangan oleh pakar bius tentang risiko yang mungkin dihadapi oleh isteri saya sepanjang proses ini berlangsung. Masa tu memang cuak gak saya dengar. Tapi saya yakinkan diri yang mereka semua terlatih, dan akan buat yang terbaik. Jadi, saya tandatangan pada borang pengesahan tu.


Dalam kul 1.30 tengahari, nama saya dipanggil oleh nurse. Masa tu nurse duk tolak katil baby. Saya diterangkan bahawa baby ada masalah pernafasan dan perlu segera dibawa ke NICU. Saya hanya sempat tengok muka dan tag nama kejap je. Nurse mintak saya azankan di NICU. Masa tu memang sekali lagi saya cuak. Risau keadaan baby. Nak je ikur nurse tu ke NICU, tapi saya kena tunggu isteri saya dulu yang masih di dalam bilik pembedahan.

Dalam jam 2.45 baru la isteri saya dibawa keluar dari bilik bedah dan dibawa terus ke wad. Lepas dah selesai pindahkan isteri saya ke wad, terus saya ke NICU untuk tengok baby saya. Tapi baby masih dalam bilik doktor di NICU. Jadi, saya belum boleh nak jenguk dia. Saya hanya boleh tunggu di luar je.


Lama gak masa tu tunggu baby di luar bilik doktor tu. Pastu ada la sorang nurse ni bagi masuk hanya untuk azankan baby sebab doktor belum habis rawatan. Masa tu sayu sangat hati bila azankan baby di bilik rawatan tu. Lepas azan, saya tunggu di luar sehingga selesai rawatan baby tu. Bila dah selesai, baby dibawa ke bilik NICU untuk pemantauan. Masa tu nurse mintak saya tinggalkan lampin dan tisu basah.

Menurut doktor, baby saya terkena jangkitan kuman pada paru-paru semasa proses kelahiran. Jadi, pernafasannya jadi laju. Dan mungkin ada luka sikit di saluran pernafasan tu sebab ada cecair berwarna coklat keluar bersama muntah baby. Jadi, baby diberi bantuan pernafasan. Pada masa yang sama, baby diberi antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Ada la beberapa hari baby kena puasa sebab nak check saluran pernafasan tu.

Bermula hari tu, rutin saya adalah melawat HSAS di Temerloh 2 kali sehari. Tengahari saya melawat isteri saya dan baby. Petang sekali lagi saya datang untuk melawat kedua-duanya. 4 hari gak saya berulang alik camtu. Kesian Cik Sara sebab kena tinggal dengan Opah kat umah. Dia tak boleh masuk melawat. Jadi, lama gak la Cik Sara tak boleh jumpa ibunya. Pada 27 Disember 2016, isteri saya dibenarkan keluar wad. Tapi baby masih dirawat kerana belum stabil lagi. Bila isteri dah balik, rutin lawatan berubah sikit. Mula-mula cuba gak nak gi 2 kali sehari sebab isteri saya nak tengok perkembangan baby. Tapi disebabkan luka di perut isteri saya baru lagi, jadi kami ke hospital sekali sehari je iaitu pada waku petang.

Rutin itu berterusan lagi selama seminggu. Pada 2 Januari 2017, masa saya dalam perjalanan ke hospital untuk melawat baby, nurse hospital call. Dia maklumkan yang baby dah boleh balik. Ya ALLAH, saya tu saya dengan isteri betul-betul gembira. Akhirnya penantian ni berakhir juga. Bila dh selesai urusan untuk discharge, terus kami bawak baby balik.



So, inilah baby kedua saya. Alhamdulillah, kali ni dapat baby boy. Cik Sara dah jadi kak long. Seronok dia jumpa baby. Asyik duk cium je pipi adik sambil cakap "...sayaaang adik..."...hehe.. Nama diberi adalah MUHAMMAD QAISER ARYAN BIN RIKI RISWANDI. Lahir pada 24 Disembe 2016 dengan berat 3.3kg. Tu diaaaa...Sehat sungguh...hehehe...

Muhammad = Yang terpuji
Qaiser = Raja
Aryan = Kekuatan Penuh






Alhamdulillah...Sekarang Aryan dah masuk 4 bulan. Dah sihat. Takde dah masalah pernafasan tu. Syukur sangat sebab Aryan kuat melawan sakit dia tu. Sekuat namanya, Aryan.

Semoga Aryan akan membesar dengan sihat dan kuat lepas ni.


InsyaALLAH...Nanti saya kongsikan lagi gambar-gambar Aryan bersama dengan Kak Long Sara. Hehe...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...