Setelah menyaksikan perlawanan seimbang antara Negeri Sembilan dan Kedah, kemenangan akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti. Kesudahannya, Negeri Sembilan yang menjulang Piala FA 2010. Dalam separuh masa pertama, Kedah terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pergerakan cantik antara Baddrol Bakhtiar dan Syafik Jamal. Baddrol dengan mudah melambungkan bola untuk melepasi penjaga gol Negeri Sembilan. Namun, Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan melalui tolakan kaki kiri dari Shafik Rahman pada penghujung separuh masa pertama. Separuh masa kedua gagal menghasilkan sebarang gol. Begitu juga pada masa tambahan yang akhirnya membawa kepada penentuan sepakan penalti. Hasil dari 7 sepakan, Negeri Sembilan mengatasi Kedah dengan jumlah penalti 5-4.Ini kejuaraan P iala FA kedua untuk Negeri Sembilan. Lebih manis adalah kejuaraan ini menyusul selepas Negeri Sembilan menjuarai Piala Malayasia 2009. Apa pun, kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang menarik. Malah, Kedah sebenarnya menam