Langkau ke kandungan utama

Tak Tahan Lagi...

Adoyai...dah berbulan-bulan duk umah je nih. Memang boleh mendatangkan kemurungan yang terlampau...Huhuhu...

Bila la nak dapat kerja ni. Dah puas cari, semua tak berjaya. Sampaikan saya sendiri dah terlampau bosan duk kat umah. Kalau umah ada internet boleh la tahan. Ni nak guna internet, kena gi CC. Dah la duit takde. Tak kan nak mintak dengan mak ayah lagi kot. Dah besar-besar mintak duit lagi. Sepatutnya kita yang bagi duit...

Mana lagi la nak cari keje ni... Kerja, oh kerja... Di mana kan ku cari...?

Ulasan

cikgu mtk x? jgn memilih skang susah hehehe
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
mintak...tggu result la nih

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …