Langkau ke kandungan utama

Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010...


Setelah menyaksikan perlawanan seimbang antara Negeri Sembilan dan Kedah, kemenangan akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti. Kesudahannya, Negeri Sembilan yang menjulang Piala FA 2010.


Dalam separuh masa pertama, Kedah terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pergerakan cantik antara Baddrol Bakhtiar dan Syafik Jamal. Baddrol dengan mudah melambungkan bola untuk melepasi penjaga gol Negeri Sembilan. Namun, Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan melalui tolakan kaki kiri dari Shafik Rahman pada penghujung separuh masa pertama.


Separuh masa kedua gagal menghasilkan sebarang gol. Begitu juga pada masa tambahan yang akhirnya membawa kepada penentuan sepakan penalti. Hasil dari 7 sepakan, Negeri Sembilan mengatasi Kedah dengan jumlah penalti 5-4.Ini kejuaraan P iala FA kedua untuk Negeri Sembilan. Lebih manis adalah kejuaraan ini menyusul selepas Negeri Sembilan menjuarai Piala Malayasia 2009.


Apa pun, kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang menarik. Malah, Kedah sebenarnya menampilkan aksi yang juga menarik sepanjang permainan sehingga menobatkan Baddrol Bakhtiar sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Helmi Eliza sebagai Penjaga Gol Terbaik Perlawanan.


Denagn berakhirnya saingan Piala FA, setiap pasukan akan kembali menumpukan perhatian kepada saingan liga yang akan bersambung 17 April ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...