Hari ni, ramai yang terlibat dengan peperiksaan untuk Skim Perkhidmatan Gred 41 Perkhidmatan Awam anjuran Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (SPA). Tapi kali ni saya tak tersenarai untuk mengikuti peperiksaan ini. Mungkin sebab pilihan saya tak tersenarai dari skim yang ditawarkan.
Adik saya terpilih untuk peperiksaan kali ni. Dia menduduki peperiksaan ini di Hotel New Pasific. Dia pun memang bersemangat nak jawab peperiksaan tu. Siap beli buku lagi nak baca. Harap-harap dia berjaya la.
Menyingkap balik cerita beberapa tahun lepas, saya pernah menduduki peperiksaan ini. Hasil usaha dan rezeki yang telah ditentukan, saya berjaya hingga ke tahap temuduga. Namun ianya terhenti setakat itu dan saya tidak berjaya untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Bagaimanapun, saya anggap itu adalah pengalaman yang cukup bermakna. Terutama sekali bila saya menghadiri sesi PAC.
Kepada yang menduduki peperiksaan hari ni, saya ucapkan selamat berjaya. Semoga anda mampu untuk ke peringkat seterusnya.

Ulasan