Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

2012 Dalam Kenangan...

Terlalu cepat masa berlalu. Rupanya kita dah sampai di hari terakhir bagi tahun 2012.

Selesai Kursus...

Alhamdulillah...Selesai juga Kursus Pra-Perkahwinan saya. Sijil pun dah dapat. So, bolehlah teruskan dengan prosedur yang lain. Lepas ni nak kena selesaikan urusan pengisian borang untuk kahwin dan juga ujian HIV. Mungkin bulan depan kot buat. Sekarang tak sempat lagi. Ish...Tak sabar betul rasanya nak kahwin...Hehehe...

Maaf...Sibuk Melampaui Batasan...

Sedihnye...Lama betul tinggalkan blog ni. Dah sebulan tak uodate apa-apa. Sibuk je memanjang... Keje kat ofis tak putus-putus. Mula-mula final exam, belum selesai urusan pemarkahan final exam, kena buat pulak jadual waktu. Minggu ni pulak dah mula semester baru. Wahhhhh...Memang tak sempat. Rekod sem lepas tak sempat update lagi, dah masuk sem baru. Banyak gak benda berlaku dalam sebulan ni. sebab sibuk yang melampaui batas ni, tak sempat nak share kat sini. Tak pe lah. Saya akan tetap update dari semasa ke semasa. Sekarang, saya ada kat Mentakab sebab mengikuti kursus pra-perkahwinan dengan Cik Tunang saya. Kursus 2 hari ni diadakan di Temerloh. Lepas selesai kursus ni, boleh la buat persiapan lain pulak. Walaupun sibuk, saya harap dapat siapkan persiapan Big Day saya nanti. Amin...

Selamat Pengantin Baru Abe Di...

Lama tak update blog. Kali ni saya nak kongsikan gambar dah serba sedikit coretan sempena majlis kahwin abang sulung saya, Abe di. Majlis akad nikah telah diadakan pada hari kedua AidilAdha yang lalu, 27 November 2012. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan, Kak Chik. Walaupun bermula agak lambat, tapi majlis berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz, pasangan sah jadi suami isteri. Keesokan hari, diadakan kenduri di rumah perempuan. Pengantin mengenakan baju berwarna coklat. Rombongan lelaki tiba di rumah pengantin perempuan sekitar jam 3 petang. Kenduri sebelah umah saya pulak dibuat pada hari Selasa, 30 November 2012. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dari tengahari sampai petang, tetamu tak putus-putus datang. Hari pun tak hujan. Memang sesuai la untuk majlis kenduri kami. Kepada Abe Di & Kak Chik, selamat pengantin baru.

Salam AidilAdha 1433H / 2012M...

Esok kita akan menyambut AidilAdha. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H / 2012H untuk semua saudara, sahabat dan sesiapa juga yang mengikuti blog saya ini. Semoga kita dapat sama-sama mengerti tentang erti pengorbanan yang sebenar. InsyaALLAH...

Sesi Pembentangan Projek Akhir Pelajar Sesi Jun 2012...

Ok..Saya dah selamat sampai KB. Pagii tadi gerak dari Muadzam kul 7 pagi. Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal saya balik KB. Tapi nak kongsikan gambar semasa sesi pembentangan projek akhir pelajar yang diadakan semalam. Sesi pembentangan ini dalah sesii penilaian bagi pelajar semester akhir yang melaksanakan projek akhir mereka. Walaupun sesi penilaian lambat siap, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Saya kongsikan antara gambar yang sempat diambil semalam...