Langkau ke kandungan utama

Kelantan Kekalkan Kejuaraan Liga Super...



Tahniah The Red Warriors kerana memenangi Liga Super 2012, sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas.

Walaupun berbaki 2 perlawaanan, Kelantan telah pun mengesahkan kejuaraan apa bila mendapat 3 mata berharga selepas membenam Perak 6-0 di Kota Bharu. Permainan menarik dipamerkan Kelantan nyata sekali gagal dibendung oleh Perak. Ini menjadikan kemenangan terbesar Kelantan musim ini.

Dengan kemenangan ini, Kelantan telah memiliki 2 piala untuk tahun ini iaitu Piala FA dan Liga Super. Sekarang Kelantan sedang bersaing di peringkat suku akhir Piala AFC dan bakal menentang Arbil FC dari Arab Saudi. Kelantan juga sudah pasti akan mengejar pula Piala Malaysia untuk kembali dibawa pulang ke Kelantan selepas terlepas gelaran musim lalu.

Apa pun, diharap perjuangan Kelantan diteruskan. Tampilkan permainan menarik di setiap permainan bagi memastikan pencapaian pasukan berterusan. Kami penyokong akan sentiasa berdiri teguh di belakang The Red Warriors... Gomo Kelate Gomo...

p/s : Dua kegembiraan untuk saya pada 7 Julai lalu, iaitu pertunangan saya dan Red Warriors menang Liga Super...Hehehe...

Kredit gambar pada BHOnline.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…