Langkau ke kandungan utama

Lawatan Ke Sabak Bernam...

Susah betul nak update sekarang ni. Tak tau la nape. Tak sempat atau takde mood nak update. Dua-dua la kot...Hehehe...

Minggu lepas, saya terlibat dengan lawatan penandaarasan untuk program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) - DNS di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Lawatan yang diadakan pada 25 & 26 Jun ini adalah untuk melihat bagaimana cara mereka di PSIS menguruskan online test untuk pelajar DNS mereka sebab sem akan datang nanti, DNS PMS pun akan mula buat online test. Jadi, kami pensyarah DNS dari PMS ,menjadikan PSIS sebagai penandaaras kami. Pesnyarah dari PMS yang terlibat adalah Kak Ila, En. Dollah, Anuar, Asyran, Bariey, dan saya sendiri la.

Hari Isnin tu (25 Jun), saya, Kak Ila, Asyran dan Bariey gerak dari PMS pagi lagi. Kami sampai di PSIS dalam kul 3 lebih gak la. Sampai tu kami terus ke HEP sebab pihak PSIS dah sediakan makan untuk kami. Wah, sambutan hebat dari PSIS. Hehehe... Siap makan, kami check in hotel dulu.



Siap check in, kami rehat jap dalam bilik. Pastu kami terus la ke JTMK PSIS untuk mulakan lawatan kami. Kami diberi taklimat oleh En. Izwan dan Pn. Zaleha. Mereka menerangkan mengenai peralatan yang digunakan dan juga cara untuk mendaftar dan menggunakan online exam. Banyak gak input yang diberi dalam taklimat tu.










Taklimat hari Isnin tu berakhir dalam kul 5 petang. Lepas selesai taklimat, kami semua balik ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar. Kami ke Bagan Nakhoda Omar untuk merasa mee udang kat sini. Sampai je kat kedai tu, terus la order mee udang. Sambil-sambil nak tunggu makanan sampai, sempat la kita ambik gambar jap. Biasa la, nak posing jadi model pelancongan la kononnya. Hehehe...








Sampai je mee udang kami, terus la try. Ok la mee tu. Udang memang banyak. Besar gak udang dalam tu. Semua pun macam semangat je time makan tu.


Siap makan, kami gerak pula ke bandar Sungai Besar. Saja nak jalan-jalan. Katanya nak tengok kain murah-murah. Tapi bila sampai sana, sekadar pusing-pusing je la. Takde beli pun. Sama ada tak berkenan atau memang tak minat nak beli. Hehehe...

Siap pusing-pusing di bandar SungaI Besar (Bandar ke...?pekan kot...huhu), kami gi plak lepak-lepak kat bandar Sabak Bernam tu. Sekadar lepak-lepak layan air baru campur yang tak best sambil makan sate. Hehehe. Serius, memang tawar je ABC tu. Baik order air lain je. 

Lepas lepak kat bandar Sabak Bernam, kami balik je terus. Rehat-rehat plak sebab dari pagi lagi duk travel. Banyak sangat jalan. Bila dah baring dalam bilik, memang senang je tido. Sedar-sedar dah pagi.

Hari Selasa, program kami bermula pagi. Sarapan disediakan oleh pihak JTMK PSIS. Siap sarapan, terus ke JTMK untuk tengok cara mereka kendalikan pelajar semester akhir DNS yang membangunkan projek akhir mereka. Dari laporan hingga la dokumen diperlukan, semua kami tengok cara PSIS buat. Sebagai persediaan untuk kami di PMS nanti.







Selesai sesi penerangan tu, kami dialukan dengan majlis penutup ringkas oleh KP DNS PSIS, En. Nizam. Sedikit cenderamata diberikan oleh pihak PSIS kepada kami. Agak segan gak sebab kami tak sempat nak bawa apa-apa cenderamata untuk mereka. Huhuhu...


Selesai semua, kami ke bilik untuk check out. Siap check out, kami dibawa ke kawasan setempat untuk membeli kerepek dan juga kuih raya. Banyak kawasan IKS sekitar PSIS yang menjalankan perniagaan membuat kerepek dan kuih raya ni. Sempat gak la kami beli untuk dibawa balik ke PMS.











Lepas siap beli kerepek dan kuih raya, kami pun gerak la balik. Kami sempat singgah dulu minum cendol bakar. Mula-mula pelik gak. Camne rupanya cendol bakar tu ek. Bila kami singgah di kedai cendol bakar, baru la tau yang nama tuan kedai u En. Bakar. Bukannya cendol tu dibakar. Hehehe...






Siap layan cenndol, kami teruskan perjalanan. Sebenarnya nak cari kedai makan dulu sebab lapar. Sebab tak jumpa lagi, tu yang layan cendol dulu. Masa duk cari kedai makan tu, kami ternampak plak kemalangan. Ngeri gak la keadaannya. Sampai jalan pun sesak dah. Tapi kami tak berhenti la. Kami teruskan je perjalanan.




Kami berhenti makan agak lewat la. Sepatutnya makan tengahari tapi dah masuk petang dah. Siap makan kami terus gerak sebab Kak Ila nak turun kat Dengkil. 


Lepas Kak Ila turun kat Dengkil, kami teruskan perjalanan. Kami berhenti pun bila dah sampai Baru Kikir. Kami berhenti makan malam. Kami sempat rasa sup ayam kampung. Memang best sup tu. Rasa nak cuba lagi je. Siap makan, terus gerak balik sebab dah lewat. Kami sampai PMS dekat kul 11 dah.

Sepanjang dua hari tu, memang banyak makan je rasanya. Tapi best gak sekali-sekala dapat kuar camtu. Takdelah asyik tension keje je kan. Harap-harap plan nak wat family day nanti tercapai. Mesti best. InsyaAllah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad