Langkau ke kandungan utama

Badminton Mania...

Sejak dua menjak ni, kegilaan main badminton makin kuat di kalangan saya dan geng ofis. Sebelum ni pun dah main, tapi takdelah se'excited' sekarang. Mungkin sebab En. Dollah pun dah join kitaorang main kot...Hehehe..

Petang nanti kami akan main lagi. Perlawanan tumpuan petang ni antara saya dan Tun (Geng Muadzam) menentang Asyran & En Dollah (Geng Kedaik). Minggu lepas, 2 perlawanan masing-masing menang 1 game. So, petang ni penentu la sape hebat. Geng Muadzam atau Geng Kedaik. Hehehe...

Kita tengok petang ni sape yang kena...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com