Langkau ke kandungan utama

Sambut Bersama...

Penyakit apakah yang melanda sehinggakan saya susah sangat nak update blog ni. Macam susah sangat nak post sekarang ni. Last post pun ucapan raya Aidilfitri. Sekarang Aidilfitri dah abis, tunggu Aidiladha datang pulak. Hehehe...

Kali ni just nak share pasal hari jadi saya dan wife saya. Hari jadi saya 27 Ogos, wife saya pu;ak 20 Ogos. So, tahun ni kali pertama kami sambut berdua hari jadi kami. Kami pilih 25 Ogos untuk sambut sama-sama. Takdelah sambut dengan acara besar-besar pun. Sekadar keluar 'dating' bersama je.

Kami keluar ke Kuantan pada 25 Ogos lepas. Dari pagi kami gerak dari Muadzam dan destinasi pertama kami adalah East Coast Mall (ECM). Kat ECM kami pusing-pusing je. Nak shopping pun bajet tak banyak. Setakat cuci mata je la. Sempat gak makan dulu di Chicken Rice Shop.

Next destination adalah Megamall. Banyak kedai dah tutup rupanya, atau pun tutup masa kami datang. Mustahil sebab kami datang hari Ahad. Kat sini pun sama, pusing-pusing je. Takde nak shopping apa-apa. Lepas dah boring kat situ, kami gerak ke Teluk Chempedak. Lepak sana sambil makan-makan. Dan tentu sekali untuk bergambar. Hehehe...

Dati Teluk Chempedak, kami terus balik ke Muadzam. Walaupun ringkas je, tapi sekurang-kurangnya kami dapat habiskan masa bersama.

Walaupun dah lepas beberapa minggu, rasanya sempat lagi untuk saya ucapkan selamat hari jadi untuk wife saya yang dicintai ni. Memandangkan dia selalu baca dan buka blog saya ni, ok la kot. Semoga wife sy, Nora dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia dengan kehidupan kita sekeluarga. InsyaAllah, kita tetap buat yang terbaik untuk masa depan kita.

Hehehe...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Cuba...

Hari ni, saya nak meredakan sikit ketegangan yang berlaku di sekeliling. Dengan politik pilihanraya, situasi pejabat, ekonomi dunia, dan macam-macam lagi. Apa kata kita layan lirik lagu ni pulak. Kali ni, saya nak kongsi lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Saya suka dengar lagu ni sebab melodi sedap dan liriknya ada kaitan dengan saya. Bukan apa, lirik lagu ni banyak berlaku pada semua orang. Termasuk juga pada saya. Jadi, kita layan je la ek...Hehehe... Faizal Tahir - Cuba Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku…padamu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk menyatakan rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu S...