Langkau ke kandungan utama

MH370...

Hari ni dah masuk hari ke-5 kehilangan pesawat MAS MH370. Namun, masih takde sebarang tanda-tanda jelas yang boleh membantu kepada penemuan pesawat terbabit. Jumlah bantuan dari negara luar makin bertambah. Jumlah jentera carian juga makin meningkat. Malah, kawasan carian juga telah diperluaskan. Tapi apa yang dicari masih tidak kelihatan.

Pelbagai spekulasi dibuat. Namun, semuanya hanyalah teori rekaan semata-mata. Dalam situasi macam ni, tak sepatutnya spekulasi dan khabar angin seperti ini disebarkan. Semuanya hanya akan mengeruhkan lagii keadaan.

Apa pun, apa yang hanya boleh kita lakukan adalah berdoa agar semua ini menemui penghujungnya. Walaupun bukan penghujung yang menggembirakan, namun sekurang-kurangnya derita ahli keluarga mereka yang menanti dapat dikurangkan.

#doauntukMH370

#prayforMH370


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com