Langkau ke kandungan utama

Setahun Bersama...

Hari ini, 31/03/2014, genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan wife saya, Nora. Pejam celik, dah setahun masa berlalu. Banyak suka duka kami harungi bersama dalam setahun ni.



Bila disingkap balik setahum yang lalu, semuanya masih segar dalam ingatan saya. Detik 31/03/2013 akan tetap menjadi tarikh keramat dalam hidup saya kerana pada tarikh inilah saya bergelar suami. Berubah status akan membawa bersama perubahan tanggungjawab. Beza kehidupan zaman bujang dengan berumah tangga.

Sebagai suami, saya tetap cuba memberi yang terbaik untuk keluarga saya. Dengan kekangan yang ada, terutamanya dari segi kewangan, tentu sekali menguji kesabaran dan ketahanan diri. Saya sedar, setahun pertama ni saya belum mampu menjadi suami yang terbaik untuk wife saya. Banyak sangat kekurangan yang belum mampu saya atasi. Tapi saya tetap mencuba perbaiki diri hari demi hari. Sebab hanya satu harapan saya, iaitu mampu memimpin keluarga saya ke arah keluarga yang dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan.

Sekarang, status kami pun dah berubah dengan kelahiran puteri cinta hati kami, Nur Qaisara Adelia. Sepenuh kasih sayang kami curahkan pada puteri kami ni. Sebolehnya kami nak sempurnakan hidupnya agar dia mendapat yang terbaik. Maka bertambahlah tanggungjawab saya pada keluarga. Bukan lagi hanya pada wife saya, tapi juga pada anak. InsyaAllah, saya tetap akan buat yang terbaik untuk 2 cahaya cinta saya ni.

Kepada Nora yang dicintai, terima kasih kerana menjadi isteri abang. Terima kasih kerana bersama-sama abang selama setahun ni. Terima kasih kerana sabar dengan kekurangan pada keluarga kita. Dan paling penting, terima kasih sebab dah banyak berkorban semasa mengandung dan melahirkan Sara. Abang terlalu hargai sayang dalam hidup abang. Semoga kita sama-sama jaga keluarga kita ni demi masa depan kita dan Sara. Love you so much.

Terima kasih juga pada semua sahabat dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraann kami sekeluarga. Saya juga sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua. Terima kasih sekali lagi.

Happy 1st anniversary sayang....

Jom layan antara gambar kawen tahun lepas...Hehehe...














































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...