Langkau ke kandungan utama

Cahaya Mata Ku...Part 1...

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita mampu mengecap kebahagiaan hari ini. Kerana dengan kehendakNYA jugalah saya mampu untuk berkongsikan detik paling bahagia dalam hidup saya.

Jika sebelum ini saya ada postkan mengenai isteri saya yang lambat bersalin, kali ini saya nak kongsikan pula detik saya mula bergelar bapa.

Lepas saya terpaksa balik ke Muadzam, saya hanya sempat kerja 2 hari. Hari Khamis, 20 Februari, wife saya call cakap ada air keluar. Masa tu memang ingat air ketuban. Dalam kul 8.30 pagi saya gerak balik KB. Wife saya dah ke hospital dulu sebab risau baby lemas. Masa tu Allah je yang tau macam mana perasaan saya. Nak drive pun tak tenang. Tapi lepas 3 jam, wife saya call. Dia cakap takyah la drive laju sangat sebab dia ok. Doktor cakap bukan air ketuban yang pecah. Doktor tahan wife saya dalam wad sebab nak tau air apa yang keluar pagi tu.

Saya sampai KB dah tengahari. Saya rehat jap kat umah dan petang baru saya gi hospital tengok wife saya. Masa tu wife saya duk wad 25 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu. Nak mintak wad 1st class, dah penuh. Tapi ok je wad mana pun. Sempat saya sembang-sembang dengan wife saya sampai petang. Wife saya cakap tak perlu teman dia lagi la di wad. Saya tunggu bila dia dah bersalin nanti.

Sebelah malam, wife saya dapat tukar wad. Mula-mula saya nak ke hospital untuk angkat barang dia. Tapi saya pulak sangkut kat umah sebab ada ular. Lepas settle masalah ular baru saya gi hospital, tapi sama tu semua dah settle. Nurse dah tolong alihkan barang-barang wife saya ke Wad 12.

Hari Jumaat, 21 Februari, sepatutnya wife saya diberi ubat induce untuk memaksa prses kelahiran baby. Tapi lepas doktor periksa, keadaan kandungan wife saya elok lagi walaupun dan lewat dari due asal hampir 10 hari. Jadi, doktor buat keputusan untuk tidak induce tapi bantu buka laluan sebanyak 2 cm. doktor akan pantau kadar bukaan setiap hari dan jangkaan doktor menjelang ahad sudah 4 cm.

Tapi pagi Ahad (23 Februari), bukaan masih 3 cm. Memang bukaan laluan wife saya lambat sangat. Jadi, doktor buat keputusan pecahkan air ketupan dengan harapan berlaku kontraksi. Wife saya masuk bilik bersalin jam 12.50 tengahari. Doktor pecahkan ketuban dalam kul 1.15 tengahari. Dalam kul 1.30, saya masuk ke bilik bersalin untuk teman wife saya. Masa tu tak ada lagi kontraksi. Saya dan wife masih boleh berbual macam biasa. Sempat gak ambik gambar wife saya dalam ruang bersalin tu. Hehehe...

Ketika dalam bilik bersalin, doktor dah pasang ubat drip untuk merangsang kontraksi. Makin lama, wife saya mula rasa sakit. Ubat drip dinaikkan setiap 30 minit sehingga bacaan drip cecah 28. Maksimum yang boleh diberikan adalah 32. Saya ada je bersama wife saya dari awal. Saya teman dia dan menjadi saksi bagaimana dia menanggung rasa sakit. Mulut kami tak putus-putus baca Doa Nabi Nuh agar segala urusan dipermudahkan. Masa tu saya berharap, kalaulah saya dapat tanggung kesakitan tu, saya sanggup. Saya rela tanggung rasa sakit tu dari biar wife saya sendirian menanggungnya.

Berjam-jam kami dalam bilik bersalin tu tapi bukaan masih lagi perlahan. Masa masuk kul 1 tu, bukaan 3 cm. Selepas 9 jam, bukaan baru 6 cm. Doktor cuba lagi tunggu dengan harapan bukaan akan bertambah. 1.30 pagi, bukaan hanya 7 cm. Setelah rujuk pakar, doktor akhirnya buka keputusan untuk bedah sebab takut baby dalam perut lemas. Setelah persiapan dibuat, tepat jam 2.00 pagi, wife saya ditolak masuk bilik bedah. Tapi, tiba-tiba wife saya dibawa keluar dari bilik bedah sebab nak bagi laluan pada kes kecemasan. Ada ibu yang baby dalam perutnya dah lemas. perlu bedah segera. Jadi, wife saya kena tunggu sekurang-kurangnya sejam lagi.

Masa tu wife saya dah sakit sangat. Wife saya cuba teran baby beberapa kali. Dalam 2.30 pagi, bila doktor check laluan, rupanya dah buka 10 cm. Alhamdulillah, Allah telah beri kesempatan untuk wife saya bersalin normal. Saya ada di sisi wife saya semasa proses kelahiran. Apa yang saya mampu lakukan hanyalah memberi kata-kata semangat kepadanya agar kuatkan semangat dan tabahkan diri demi baby kami. Tepat jam 3.01 pagi, 24 februari 2014, akhirnya lahirlah cahaya mata kami, seorang puteri.

Ya Allah. Saya bersyukur sangat dengan kelahiran puteri kami ini. Mengalir air mata saya bila melihat baby kami selamat dilahirkan. beberapa kali saya mengucup dahi isteri saya tanda syukur dan terima kasih atas kesabaran dan ketabahan dia menanggung kesakitan selama ini. Ternyata perjuangan seorang wanita dalam melahirkan seorang anak adalah sangat sukar. Ketika itu, rasa kasih saya pada wanita, terutamanya wife dan ibu saya sangat tinggi. Sebab saya sedar tentang pengorbanan yang telah mereka lalui.

Selesai baby kami dibersihkan, saya diberi peluang untuk jalankan tanggungjawab pertama saya pada anak saya. Saya qamatkan pada telinganya dengan perasaan yang bercampur. Gembira...Terharu...Bangga... Kemudian saya diminta tunggu di luar sementara doktor menguruskan wife saya.



Dan inilah baby kami. Kami namakan puteri kami ini NUR QAISARA ADELIA. Cahaya Permaisuri Keadilan. Semoga Qaisara menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga Qiasara membesar dengan sihat. Abah dan ibu tak sabar nak besarkan Qaisara dengan penuh kasih sayang.

Terimas kasih kepada semua yang mendoakan kami. Semoga Allah membalas jasa anda semua...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad