Langkau ke kandungan utama

Cikgu, Andalah Tauladan Bagi Saya...


Setiap kali tibanya Hari Guru, pasti saya akan teringatkan kenangan semasa zaman saya belajar dulu. Dari sekolah rendah dan sekolah menengah, hinggalah ke universiti, pasti ada kenangan yang tidak mungkin akan saya lupakan.

Sebelum ni, sempena Hari Guru, saya pernah kongsikan sejarah persekolahan saya dan guru yang mengajar saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Saya juga pernah kongsikan sejarah hidup saya dan bantuan guru dalam 'menyelamatkan' masa depan persekolahan saya. Kali ini, apa yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana guru-guru saya terdahulu menjadi tauladan dan contoh kepada saya dalam membantu saya melaksanakan tugas mendidik para pelajar saya.

Pertama sekali, sudah tentu rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana saya dianugerahkan guru-guru yang terbaik untuk mendidik saya. Mereka sentiasa menampilkan mutu seorang pendidikan yang sememangnya disegani. Bukan hanya di dalam kelas, malah ilmu kehidupan juga diselitkan diluar kelas agar kami mampu berjaya di masa depan.

Antara tauladan terbaik guru-guru saya yang cuba saya ikuti adalah apabila guru-guru saya sentiasa ada untuk saya, tidak kira di waktu susah atau senang. Di sekolah, mereka bukan hanya sebagai guru, malah sebagai ibu bapa saya. Mereka mengambil berat, dan mereka juga sentiasa menasihati agar saya tidak tersasar dari laluan sebenar. Malah mereka tidak berkira untuk membantu saya yang mengalami kesulitan kewangan bagi meneruskan persekolahan.

Dari situ, apa yang cuba saya amalkan sekarang adalah cuba untuk lakukan seperti guru-guru saya terdahulu. Mungkin pendekatan yang saya gunakan sedikit berbeza, namun hasratnya tetap sama. Saya cuba untuk sentiasa ada ketika pelajar saya perlukan saya. Selagi termampu, saya akan cuba membantu mereka. Mungkin saya tidak ada sumber kewangan yang kukuh, namun itu tidak bermaksa saya tidak dapat berbelanja sedikit untuk pelajar saya. Contoh bagi apa yang saya telah lakukan adalah dengan sentiasa ada untu pelajar-pelajar PA saya, iaitu pelajar DNS kohort pertama PMS. Daripada mereka mula masuk pada Jun 2011, sehinggalah mereka menamatkan pengajian diploma mereka April lalu, saya cuba yang terbaik untuk mereka. Bila mereka berjaya menamatkan semester akhir mereka, saya menjadi antara insan paling gembira. Ternyata mereka sebenarnya telah sebati dengan saya.

Detik akhir bersama DNS6 A 

Itu adalah bagi guru yang mengajar secara formal, atau dengan kata lain guru-guru di sekolah. Saya juga tidak pernah melupakan mereka yang pernah mengajar saya selok belok alam pekerjaan. Walaupun mereka buka cikgu yang mengajar di sekolah, namun selagi mereka menyampaikan ilmu pengetauan, tentu sekali mereka juga guru yang perlu dihargai. Antara mereka yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya tentang pekerjaan adalah mereka yang berada di Bahagian Pengurusan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu tahun 2007 hingga 2009. Insan seperti Tengku Faezah (Cik Faez) dan Kak Azni adalah antara individu yang paling banyak mengajar saya selok belok alam pekerjaan, dan sehingga kini tetap menjadi panduan kerja saya.

Bagi saya, Cik Faez merupakan ketua terbaik pernah saya jumpa. Banyak ilmu saya dapat dari dia, dan dia menjadi tauladan dan panduan bagi saya bila saya pernah menjadi ketua sebelum ni di MIS. Saya cuba untuk mengikut cara CIk Faez menguruskan kakiktangan supaya saya juga mampu menjadi ketua yang terbaik.

Tidak dilupakan juga adalah rakan pensyarah di JTMK PMS yang turut memberi tunjuk ajar, terutamanya di awal saya menjadi pensyarah di sini. Daripada seorang yang tidak mempunyai latar belakang seorang pendidik, saya mampu untuk mengharungi 3 tahun mengajar pelajar-pelajar dalam bidang IT ni. Tentu sekali Kak Lily dan Kak Ila antara individu yang sering memberi tunjuk ajar, selian rakan-rakan lain seperti Dayah, Nurul, Nuar, dan ramai lagi. Mereka tetap guru bagi saya, walaupun bukan secara formal.

Jadi, sempena Hari Guru ini, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan ilmu berguna kepada saya. Tanpa anda, belum mampu saya berada di tahap sekarang. Hanya ALLAH saja yang mampu membalas jasa anda semua.

Terima kasih...

Selamat Hari Guru...








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad