Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Awal Ramadhan Yang Sayu...

Ramadhan kali ni tentu sekali takkan pernah saya lupa. Peristiwa di awal Ramadhan terlalu memang sayu untuk saya ingati. Seperti biasa, saya akan cuba untuk balik ke KB bagi menyambut awal Ramadhan bersama keluarga. Jadi, saya balik sehari sebelum puasa, iaitu Rabu, 17 Jun. Saya sampai petang di KB. Masa sampai, saya tengok ma saya terbaring letih. Macam demam. Bila ditanya, ma cakap letih sikit sebab baru siap masak lauk-lauk untuk saya sekeluarga yang baru sampai, sambil-sambil siapkan lauk utu bersahur. Saya ajak ma ke klinik sebab tengok macam demam tapi ma cakap tak perlu. Bila malam tu ma makin melarat. Mula muntah-muntah. Saya dengan abah paksa gak la ma gi klinik. Doktok cakap kencing manis ma naik balik. Sebab tu tak larat. Ma pun mengadu sakit perut sikit. . Tapi klinik tu takde kelengkapan untuk masukkan air pada ma. Doktor suruh ma ke hospital tapi ma taknak. Doktor sekadar cucuk ubat tahan muntah dan ubat darah tinggi. Doktor sertakan surat rujukan untuk ke hospit

Selamat Tinggal Kenangan...

Saya dah jarang update blog sekarang ni. Sibuk dengan kehidupan harian. Sampaikan tak sempat nak mengarang. Saya sebenarnya masih lagi rasa ralat dan sedih sebab laptop kesayangan saya hilang. Kena curi masa saya bawa pelajar ikuti program di PSP, Pulau Pinang pada Mac lepas. Saya tak rasa saya cuai sebab saya tinggalkan laptop saya tu dalam bas dan bas tu dibawa ke tempat parking sementara saya siapkan urusan penginapan pelajar. Tapi, laptop saya hilang sedangkan 2 lagi laptop milik rakan sepejabat yang diletak bersebelahan tidak hilang. Dah buat laporan polis tapi memang tak ada apa-apa tindakan susulan sebab saya yang dianggap cuai. Banyak sangat maklumat penting saya dalam tu. Kerja saya semua dalam laptop. Gambar kenangan dari zaman belajar sampai la gambar-gambar Cik Sara semua dalam tu. Saya sempat back up dalam external hardisk. Tapi, external hardisk hilang bersama-sama laptop tu. So, memang saya kehilangan 100% maklumat dan bahan dalam laptop tu. Sedih sangat. Saya

Setahun Yang Indah...

Semalam, 24 Februari 2015, genaplah setahun usia Nur Qaisara Adelia, a.k.a Cik Sara kesayangan saya ni. Cik Sara dah setahun umurnya Terlalu banyak kenangan indah sepanjang setahun kelahiran Cik Sara ni. Cik Sara telah menambah seri dalam keluarga kami. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi saya balik dan teman isteri di wad bersalin selama 13 jam semata-mata nak menunggu kelahiran puteri hati saya ni. Pejam celik, dah makin besar Cik Sara rupanya. Sebagai bapa, tentu sekali menjadi satu saat yang membahagiakan apabila dapat melihat perkembangan anak depan mata sendiri. Daripada dia mula-mula lahir, saya dapat saksikan dia mula meniarap, menyusur, merangkak, dan sekarang dah mula berjalan. Semuanya saya dapat saksikan. Mungkin ini adalah salah satu faktor saya tak sanggup berjauhan dengan Cik Sara. Rindu dengan keletah dia. Seperti bapa lain di dunia, tentu sekali kita tak sanggup melihat bila anak menangis bila sakit atau demam. Itu perkara paling saya r

Perginya TGNA Selamanya...

12 Februari 2015..Tarikh yang tak munkin akan dilupakan oleh seluruh rakyat Kelantan. Perginya Tuan Guru Nik Aziz selama-lamanya... Terlalu sayu hati bile mendapat perkhabaran bahawa TGNA semakin tenat dan telah dibawa pulang ke rumah sekitar 8.50 malam selepas lama mendapatkan rawatan di HUSM. Dan pada jam 9.45 malam,12 Februari 2015, TGNA menghembuskan nafasnya tang terakhir di kediamannya. Seluruh rakyat Kelantan menangisi pemergian tokoh ulama yang bergitu disegani ini. Terlalu banyak jasa dan pengorbanannya sepanjang  bergelar Menteri Besar Kelantan. Terlalu banyak juga jasanya dalam mempertahankan kesucian Islam, khususnya di negeri Kelantan. Sebagai anak Kelantan, saya cukup sedih dengan pemergian tokoh yang terlalu saya hormati ini. Takkan ada insan lain yang mampu menggantikan TGNA di hati seluruh rakyat Kelantan. Ya ALLAH... Tempatkanlah tuan guru kami di tempat paling istimewa disisi MU... Syurga menanti mu TGNA... Al-Fatihah...