Langkau ke kandungan utama

Selangkah Untuk Ke Dimensi Baru...

Hujung minggu baru ni, saya bawa NS balik ke KB. Pertama, sebab ada majlis keluarga saya. Dan sebab kedua adalah bagi mendapatkan 'sesuatu' untuk NS. Apa yang saya maksudkan 'sesuatu' tu? Hehe...

Sebenarnya, saya dan NS sedang buat serba sikit persiapan untuk majlis pertunangan kami. So, kali ni saya bercadang nak beli cincin. Mula-mula memang la dah bincang nak beli cincing tunang je, tapi mak NS cakap kena beli gak cincin risik. Memang frust gak la sebab saya bukan ada duit pun. Tapi terpaksa la gak belikan cincin risik sekali.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga belikan cincin risik dan tunang tu hujung minggu baru ni. NS pun ok j dengan cincin tu, walaupun cincin tu bukan la 100% pilihan NS. Masa beli tu, mak dan keluarga angkat saya pun ada sama. Mereka la yang banyak membuat pilihan. NS nampak macam ikut je. Saya rasa bersalah gak, tapi NS kata ok je. Takpelah, nanti untuk kawen saya nak NS sendiri yang pilih.



Bila dah beli cincin ni, saya rasa gembira sangat sebab kami dah makin dekat untuk melangkah ke dimensi baru dalam hubungan kami. InsyaAllah, kalau takde halangan, sebulan lagi kami akan melangsungkan majlisnya. Sekurang-kurangnya, majlis tu nanti akan mengeratkan lagi hubungan kami untuk ke peringkat yang seterusnya.

Doakanlah kebahagiaan kami...Amin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad