Langkau ke kandungan utama

Sibuk Dengan Komputer Baru...

Mula hari Rabu minggu lepas, saya dan kawan-kawan di JTMK agak sibuk mengemas lab komputer sebab kami akan menerima komputer baru untuk jabatan kami.












Hari Rabu tu memang letih la. Seharian duk kemas lab. Angkat meja yang berat tu. Balik umah pun tak hilang lagi sakit-sakit badan. Kebetulan pulak waktu tu ramai staf takde. Buat je la sape-sape yang ada.

Hari Khamis, komputer baru sampai. Banyak gak sebab sekali dengan komputer untuk lab jabatan lain. 5 buah lori Skynet yang datang untuk hantar semua komputer tu. Proses pengagihan tu berlangsung dua hari, Dan minggu ni, proses nak install plak.












Jadi, lega la sikit kami di JTMK sebab komputer untuk lab dah sampai. Boleh la guna lab lain tanpa perlu bebankan lab yang sedia ada. Cuma nak kena settlekan jadual waktu balik la untuk sem ni nanti.

Fuhhh...Chaiyok...Fighting... Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com