Langkau ke kandungan utama

Hari Terakhir Bersama Sahabat...



3 bulan lepas, saya hilang seorang sahabat di PMS ni bila Ijam dapat tukar balik ke Sarawak. Baru lagi rasanya tengok Ijam sebak masa kat airport. Hari ni, saya hilang lagi seorang sahabat. Kali ni, Nurul pulak yang meninggalkan JTMK PMS dan bertukar ke HQ.

Memang minggu ni menjadi minggu paling menggembirakan untuk Nurul sebab dia mendapat 2 berita gembira. Pertama, Nurul dah mengandung anak pertama. Tahniah Nurul. Saya tumpang gembira. Dan berita gembira kedua, Nurul akan bertukar ke HQ bermula minggu depan. Tahniah sekali lagi Nurul. Rezeki anak kot....









Dan hari ni, satu majlis makan sempena perpisahan dengan Nurul diadakan di JTMK. Walaupun ada beberapa rakan JTMK yang berkursus, tapi majlis ini tetap diteruskan sebab hari ni adalah hari terakhir Nurul di JTMK. Pada tengahari, suasananya agak santai lagi sebab hanya melibatkan acara makan je. Tapi menjelang petang, terutamanya bila nak balik, suasana bertukar sayu. Masing-masing sebak bila mengucapkan ucapan maaf dan selamat tinggal pada Nurul. Yang terawal tentu sekali Dayah, sahabat yang sama-sama melapor diri di PMS dulu. Yang lain turut ikut sebak bila sampai giliran masing-masing.













Bagi saya sendiri, memang sedih sangat la. Perginya Nurul kali ni menandakan bahawa saya kehilangan sorang lagi sahabat. Sahabat yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Sahabat yang selalu menjadi teman lepak dan bergurau senda. Sahabat yang suka gelak-gelak sama-sama. Sahabat yang sentiasa ingat sahabatnya yang lain. Sahabat yang sentiasa jaga hati sahabatnya. Dan paling penting, Nurul adalah sahabat yang baik. 

Nurul, sekali lagi saya ucapkan tahniah untuk berita gembira yang Nurul dapat minggu ni. Semoga Nurul maju jaya dan cemerlang walaupun di tempat baru. Teruskan kerja keras Nurul selama ni. Jangan lupakan kami di Muadzam. Jangan lupakan kenangan kita sama-sama dengan sahabat yang lain. Saya dan sahabat yang lain sentiasa doakan yang terbaik untuk Nurul. Jaga diri baik-baik. Kalau panjang umur, ada rezeki, kita jumpa lagi. InsyaAllah....

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...
Hilang di mata di hati tidak akan lupa...
Berdoalah kita agar aman dan sentosa...
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa...

Good bye...

Sayonara...

Selamat tinggal sahabat ku Nurul Faiza binti Mohd Zain...

Selamat tinggal - Zizan ft Dina


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad