Langkau ke kandungan utama

Kursus ToT 1CiTiZEN...

Pada 21 hingga 23 Januari lalu, saya telah mengikuti Kursus ToT 1 CiTiZEN. Kursus ini adalah untuk melatih peserta yang terlibat untuk menjadi pengajar bagi program 1 CiTiZEN.



1 CiTiZEN adalah program yang mendidikan masyarakat tentang etika dalam penggunaan ICT. Peserta akan diajar dengan 8 modul yang terlibat iaitu e-Access, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Collaboration & e-Interaction, e-Enterprise, e-Care, dan e-Accountability. Kesemua modul yang terlibat adalah mengenai etika kita sebagai pengguna ICT.

Saya gerak dari PMS hari Ahad bersama-sama Asyran, Dayah & Safia. Kami menginap di TS Hotel yang tak jauh dari tempat kursus, iaitu Politeknik Ibrahim Sultan.




Sepanjang kursus, kami turut dikehendaki menjalani peperiksaan bagi membolehkan kami dilatih sebagai pengajar pula. Mereka yang gagal dalam peperiksaan ini tidak akan dapat meneruskan latihan sebagai pengajar. Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan lulus peperiksaan ini. Boleh terus sambung kursus untuk jadi pengajar.







Pada sebelah malam, kami sempat gak la jalan-jalan sampai ke JB. Kami makan lepas makan sempat singgah di Pasar Karat. Jalan-jalan je sebab barang situ mahal-mahal. Hehehe...









Masa hari kedua, iaitu selepas peperiksaan, kami dah mula latihan untuk pengajar. Masa tu ada peristiwa yang agak memalukan berlaku pada saya. Kerusi yang saya duduk dalam makmal komputer tu patah. Apa lagi, memang saya terus tersungkur la depan komputer. Semua orang tengok je. Malu betul. Nape la kerusi tu boleh patah plak...Huhuhu...Malu....

Lepas tamat kursus pada hari Rabu, kami singgah jap di Johor Premium Outlet. Kat sini pun kami jalan-jalan je. Lagi la mahal barang-barang kat sini. Tak berbaloi rasanya nak beli mahal-mahal camtu.




Secara keseluruhannya, kursus ni bagus untuk peserta. Banyak pendedahan baru kami dapat sepanjang kursus ni. Lepas ni kami perlu menganjurkan kursus di PMS untuk pelajar pula.

Harapan kami agar kursus yang akan dianjurkan untuk pelajar nanti dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad