Baru lagi rasanya semua ini bermula.
Permulaan yang penuh makna.
Pelbagai coretan pahit manis telah tercatat dalam setahun ini.
Semuanya memberi pengalaman yang berbeza.
Suka duka, tangis tawa dah kita lalui bersama.
Menguji kekuatan diri.
Menguji kekuatan ikatan kita.
Tiada pantai yang tidak dilambung badai.
Dan tiada lidah yang tidak tergigit.
Namun, semua itu mematangkan kita.
Demi mengenal hati budi.
Dalam mencari keserasian ikatan..
Agar yang baik bisa diperindah.
Agar yang buruk bisa diperelok.
Tiada ucapan mampu terungkap.
Dalam menggambarkan rasa gembira.
Tiada kata mampu dizahirkan.
Bagi menggambarkan rasa bahagia.
Hanya mampu bersyukur pada Yang Maha Esa.
Terima kasih untuk segalanya.
Moga kita mampu untuk ke destinasi yang sama.
Ulasan