Langkau ke kandungan utama

Selesaikan Urusan...

Semasa cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, banyak perkara yang saya siapkan untuk majlis perkahwinan saya nanti. Saya dan Nora balik ke KB pada Sabtu, 16 Februari. Sepanjang kami di KB, kami banyak siapkan barangan untuk majlis perkahwinan kami, terutamanya dari segi persiapan untuk door gift.


Sambil-sambil tu, balik KB kali ni best sikit sebab dapat main dengan anak saudara saya yang baru. Rizqullah Al-Hidayah Bin Romi Hidayah. Ceria je umah bila ada baby ni. Comel.




Saya kat KB dari hari Sabtu sampai Rabu. Khamis pagi tu saya dan Nora dah gerak untuk ke Perak. Kami akan ke Bagan Serai dan Parit Buntar untuk selesaikan dokumen perkahwinan nanti. Kami perlu ke majlis agama kat sana. Kami bermalam di rumah saudara Nora di bukit Merah. Sempat la 2 malam kami kat sana. Sambil-sambil selesaikan urusan, sempat gak pusing-pusing jap. Alang-alang dah sampai sana la katakan.










Kami balik pagi Sabtu. Alhamdulillah sebab perjalanan kami lancar. Tak ada masalah. Urusan di Perak pun selesai. So, bolehlah kami teruskan dengan prosedur yang lain.

Walaupun penat sebab duk drive je seminggu tu, kami lega sebab banyak benda dah siap. Harap-harap majlis tu akan berjalan dengan lancar la nanti. Insya Allah....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...