Langkau ke kandungan utama

Menuju 31313...

Detik saya menaip entry ni, jam di laptop saya pukul 11.43 malam, 30 Mac 2013. Ini bermakna, tak sampai 12 jam lagi, saya akan berhadapan dengan satu tahap baru dalam hidup saya.



Jam 10 pagi esok, saya akan berhadapan dengan Kadi untuk majlis akad nikah saya. InsyaAllah, saya akan melafazkan "...Aku terima nikahnya..." di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak. Mungkin mudah bagi yang tak mengalaminya, tapi ayat keramat itu pasti berat untuk dituturkan bila sampai masanya. Dan bila perkataan "...Sah..." dituturkan oleh saksi dan Kadi, maka secara rasminya saya akan memikul tanggungjawab yang baru. Tanggungjawab sebagai seorang suami.

Bersedia atau tidak, semuanya dah tak tak penting. Ya, saya rasa dah sedia, tapi betul ke? Apa kriteria yang perlu ada sebelum kita boleh dianggap bersedia? Adakah kriteria itu sama bagi setiap orang?

Masih banyak perlu saya belajar dalam melayari alam rumah tangga ni. InsyaAllah, saya akan belajar dari semasa ke semasa. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Ini adalah entry terakhir saya sebagai anak bujang. Lepas ni, entry saya adalah selepas saya bergelar suami.

31313...Doakanlah semuanya akan berjalan dengan lancar.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...