Langkau ke kandungan utama

Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang...




 Gempak tak tajuk? Tapi ni bukan pasal lagu Tegar tu. Ni hal lain... Hehehe...

Apa yang saya nak kongsikan mengenai 'yang dulu bukan yang sekarang' ni adalah pasal karenah pelajar. Banyak benda yang saya perhatikan pasal pelajar zaman sekarang yang memang jauh berbeza dengan zaman saya dulu. Ya, mungkin normal apabila satu generai berubah ke generasi yang lain, namun adalah merugikan jika perubahan itu sesuatu yang tidak baik.

Hampir 2 tahun 6 bulan saya menjadi pendidik. Banyak perkara yang saya lihat sehingga membuatkan saya terfikir. Di mana silapnya apabila pelajar zaman sekarang berbeza sangat berbanding dulu? Salah cikgu yang mengajar atau asas dari rumah yang sememangnya tidak kukuh? Atau mungkin pengaruh luaran yang menjadi penyebab?

Masa saya belajar dulu, memang ada pelajar yang nakal dalam kelas. Suka tido, tak siap keje, bising, dan banyak lagi. Jarang sekali saya dengar pelajar yang berkelakuan kurang ajar dengan cikgu. Tapi sekarang perkara sebegitu macam dah jadi kebiasaan. Itu belum lagi dikira perangai pelajar yang rasa dia lagi pandai dari cikgu. Pendek kata, dah macam-macam perangai pelik boleh dilihat pada pelajar zaman sekarang.

Saya tak kata benda ni pada semua, tapi hanya segelintir yang begitu. Cuma, perangai ini makin lama makin menjadi-jadi. Saya risau generai yang dikatakan bakal menjadi pemimpin masa depan ni tidak kenal erti 'HORMAT'.

Ada satu cerita yang saya nak kongsikan. Ini berlaku pada salah seorang pensyarah di pejabat saya. Dia menhadapi masalah dengan seorang pelajar ni. Pelajar ni sebenarnya dah masuk semester 6. Member semua dah pergi latihan industri tapi dia still kena belajar sebab banyak sangkut subjek semester sebelum-sebelum ni. Sangkut pun sebab perangai sendiri. Selalu ponteng kelas, keje tak hantar, dan macam-macam lagi. Dia ingat bila dia join dalam aktiviti kelab, pensyarah tak kisah dengan prestasi akademik dia. Nyata sekali dia silap la. Datang belajar diploma, tentu sekali akademik yang dinilai. Tapi sebab hanyut dalam dunia sendiri, sekarang dan kena extend semester.

Nak dijadikan cerita, semester ni pun dia buat perangai sama. Suka ponteng kelas. Pensyarah dia ni dah menjalankan tugas dia dengan betul. Bila dan pelajar ni ponteng, pensyarah dah bagi banyak peluang pada dia. Surat amaran dah bagi, surat tunjuk sebab pun dah bagi. Tapi tak ada perubahan. Cara terakhir adalah dengan tahan pelajar ni dari ambil peperiksaan akhir (bar exam). Bila dia dah kena bar, baru la terhegeh-hegeh jumpa pensyarah dia. Macam-macam alasan tak logik yang diberi. Tapi pensyarah dah tak boleh berlembut, memandangkan Unit Peperiksaan pun dah keluarkan surat bar exam tu. Dia cuba pulak merayu pada pensyarah lain yang urus pasal exam, dengan harapan ada budi bicara lagi. Tapi nyata sekali gagal sebab pensyarah lain pun dah tau sangat perangai dia. Itu je yang terbaik mampu dilakukan.

Tak puas hati bila cubaan dia gagal, dia mula 'menyerang' pensyarah kelas dia tadi. Pelbagai SMS dihantar dengan harapan mengubah pendirian pensyarah tu. Pensyarah tu kejam la, pensyarah tu tak puas hati dengan dia la, pensyarah tu dendam la. Semua tuduhan dilemparkan, sedangkan dia yang bersalah. Cubaan terakhir dia adalah dengan membawa ibu bapanya ke pejabat. Saya tak tahu apa yang dia bagi tahu pada ibu bapa dia sampaikan ibu bapa bersusah payah datang ke pejabat. Saya kesian tengok ibu bapa yang dah tua datang semata-mata nak merayu bagi memohon sesuatu akibat malsah dilakukan anak sendiri. Tapi sekali lagi, cubaan tadi gagal.

Kenapa perlu bersusah payah bila dah dihukum? Kan bagus dia berubah bila pensyarah bagi peluang. Ini tak. Makin menjadi-jadi adalah.

Mungkin ada yang berpendapat berbeza dengan saya, tapi saya rasakan apa yang dibuat oleh pensyarah tadi adalah betul. Peluang telah diberi, tapi jika tiada perubahan, hukum perlu dilakukan mengikut ketetapan yang telah disediakan.

Entry saya kali ni bukanlah semata-mata nak membangkitkan cerita tadi sahaja. Tapi sekadar perkongsian agar kita dapat renungkan bersama. Inilah cabaran warga pendidik zaman sekarang. Berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar. Jika pelajar gagal, pendidik dipersalahkan. Jika pelajar tidak berkualiti, pendidik dipersalahkan. Habis di mana pihak lain? Adakah semua tanggungjawab ditanggung oleh pendidik semata-mata?

Semoga kita semua dapat bersama dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih baik. Biarlah kejayaan akademik, dan kejayaan lain, hadir bersama dengan nilai-nilai murni dalam diri generasi muda ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad