Langkau ke kandungan utama

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sambutan Aidilfitri 2009...




Semalam merupakan hari untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sambutan Aidilfitri 2009 bagi JBPM Terengganu. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa iaitu untuk Siaraya.

Majlis yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) ini bermula sekitar jam 9.15 pagi. Namun, semua yang terlibat telah tiba lebih awal. Semua sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis ni.

Selepas kehadiran YS Pengarah dan jemputan khas dari FRAM Wakaf Tapai, majlis seterusnya menyanyikan lagu Negara Ku dan Lagu Bomba. Kemudian, majlis dipimpin oleh PPgB Mohd Syukri untuk bacaan doa. YS Pengarah kemudiannya menyampaikan ucapan sebelum majlis penyampaian dlakukan. Kira-kira 46 penerima yang hadir untuk majlis pengyampaian anugerah ini. Saya ketika ini terlibat untuk menjaga slide yang digunakan untuk memaparkan nama penerima.

Selepas tamat majlis penganugerahan, majlis disambung pula dengan sambutan Aidilfitri. Selain hidangan makanan, para tetamu juga dihiburkan dengan cabutan bertuah yang menyediakan banyak hadiah. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.

Bagi saya, majlis tahun ini berbeza dengan majlis tahun lepas. Tahun lepas, mungkin lebih meriah kerana kami sendiri yang menyediakan makanan mengikut pembahagian yang dilakukan. Malah, majlis lebih ceria dengan pertandingan gerai cantik yang membuatkan setiap wakil bertungkus lumus menghias gerai masing-masing. Tidak bagi tahun ini kerana semua makanan dan kelengkapan disediakan oleh pihak TER.

Apa pun, majlis ini tentunya tetap meriah bagi mereka yang menjadi penerima anugerah. Diharapkan mereka yangmenjadi penerima dapat meneruskan khidmat cemerlang mereka untuk masa-masa hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Cuba...

Hari ni, saya nak meredakan sikit ketegangan yang berlaku di sekeliling. Dengan politik pilihanraya, situasi pejabat, ekonomi dunia, dan macam-macam lagi. Apa kata kita layan lirik lagu ni pulak. Kali ni, saya nak kongsi lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Saya suka dengar lagu ni sebab melodi sedap dan liriknya ada kaitan dengan saya. Bukan apa, lirik lagu ni banyak berlaku pada semua orang. Termasuk juga pada saya. Jadi, kita layan je la ek...Hehehe... Faizal Tahir - Cuba Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku…padamu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk menyatakan rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu S...