Langkau ke kandungan utama

Kelantan Mara, Selangor Tersungkur...

Kelantan berjaya mengulangi pencapaian tahun 1993 apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Setelah terikat 1-1 di Stadium Cheras, Kelantan akhirnya mencapai kemenangan ke atas KL Plus semalam. Kemenangan 3-0 semalam melayakkan Kelantan untuk ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-1. Kelantan dijadualkan beraksi pada separuh akhir menentang pasukan Perlis yang turut mencatat kemenangan di tempat sendiri ke atas Johor FC semalam. Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober ini.

Berbeza dengan nasib yang dihadapi oleh juara 3 piala musim ini, Selangor, apabila mereka akhirnya tersungkur di peringkat suku akhir. Selangor yang terikat 2-2 secara agregat dengan Terengganu terpaksa akur apabila tewas 4-3 pada penentuan sepakan penalti. Penjaga gol Terengganu menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Nasriq Baharom sebelum dia sendiri menjaringkan gol kemenangan untuk Terengganu. Di peringkat separuh akhir nanti, Terengganu bakal berhadapan pasukan Negeri Sembilan yang membelasah KM Naza dengan agregat 5-0. Terengganu mungkin berhadapan tugas sukar apabila menentang Negeri Sembilan kerana mereka telah bertemu di peringkat kumpulan dan Negeri Sembilan muncul juara kumpulan manakala Terengganu hanya di tempat kedua.

Saya cukup berharap Kelantan mampu menang pada peringkat separuh akhir kerana ini mampu mengharumkan nama pasukan Kelantan setelah turut mara ke perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini. Jika Kelantan dapat mengekalkan rentak permainan yang bagus, tidak mustahil Kelantan dapat mara ke perlawanan akhir kedua tahun ini. Sebagai penyokong setia Kelantan, saya sentiasa mendoakan kejayaan pasukan.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...