Langkau ke kandungan utama

Antara Perasaan Hati Dan Pemikiran Akal...

Minggu ni merupakan antara detik yang paling sukar dalam hidup saya. Saya kena buat keputusan yang penting sebelum mengharungi hari-hari mendatang. Yang paling memeningkan, pilihan saya cuma ada dua...

Apa yang saya maksudkan ialah keputusan saya mengenai penyambungan tempoh perkhidmatan saya di JBPM Terengganu ni. Kalau berdasarkan kontrak saya, tempoh khidmat saya akan berakhir minggu ini. Jadi, hari Khamis nanti adalah hari terakhir saya. Saya mungkin ditawarkan kontrak baru, tapi saya belum pasti sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sebab itulah saya katakan tadi bahawa saya hanya ada 2 pilihan, iaitu menerima tawaran itu atau menolak tawaran dan seterusnya berhenti dari JBPM Terengganu. Apa yang memeningkan saya ialah pertembungan pilihan yang dibuat. Kalau diikutkan hati dan perasaan saya, saya memang akan memilih untuk berhenti. Biarlah minngu ini menjadi minngu terakhir saya di sini. Namun, akal dan pemikiran saya memilih untuk menerima tawaran itu. Kalau terima pun, bukan sebab diri saya, tetapi sebab kedua ibu bapa saya.

Hati dan perasaan saya kuat memilih untuk berhenti kerana sejak kebelakangan ini, suasana kerja di pejabat jelas sekali berubah. Dengan kehadiran beberapa watak baru, nyata mengubah persekitaran kerja saya. Dari segi perancangan yang dibuat, saya tiada hak untuk menghalang kerana saya sememangnya tiada kuasa untuk bersuara. Lagi pun, saya tahu bahawa suara saya 'tidak berharga'. Namun, mereka juga seharusnya sedar bahawa saya hanya pekerja sambilan yang dibayar dengan kadar bayaran yang rendah. Berbaloikah jika saya 'menghambakan diri' untuk sesuatu yang tidak setimpal ? Rasanya cukuplah 2 tahun saya mengalah...

Itu kata hati saya. Berlainan sekali dengan akal dan pemikiran saya. Akal dan pemikiran saya memilih untuk menerima tawaran yang bakal diberikan. Bukan untuk diri saya tetapi kedua ibu bapa saya. Jika saya menerima tawaran ini, saya masih berpeluang untuk membantu keluarga saya. Maklumlah, sejak 2 tahun saya bekerja di sini, saya tidak pernah lupa untuk membantu keluarga, terutamanya dari segi kewangan. Setiap bulan saya akan menghantar 1 / 3 dari gaji saya untuk mereka. Mungkin jumlahnya tak seberapa sebab gaji saya pun bukanlah besar sangat, namun boleh meringankan beban mereka.

Setiap keputusannya ada pro dan kontranya tersendiri. Kalau perasaan yang saya ikutkan, maknanya saya akan menganggur sebelum memperolehi kerja lain. Dalam keadaan sekarang, sukar untuk mendapatkan kerja yang sesuai. Tapi, jika pemikiran yang saya ikutkan, saya kena teruskan kerja dalam keadaan yang tertekan dan kurang selesa.

Saya ada masa sehingga hari Rabu untuk membuat keputusan. Segalanya perlu diputuskan pada hari Rabu kerana ianya akan melibatkan tawaran dari pihak jabatan. Sememangnya saya kesuntukan masa.

Ya ALLAH, berikanlah hamba Mu ini petunjuk untuk membuat pilihan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...