Sekali lagi kita dikejutkan dengan sikap biadap, angkuh dan zalim dari Rejim Zionis. Kali ni, para sukarelawan dari negara luar diserang semata-mata tidak mahu bantuan dihantar ke Gaza. Malah, ada sukarelawan yang terbunuh dalam serangan itu.
Seluruh dunia mengetahui mengenai misi sukarela untuk menghantar bantuan kepada Gaza ini. Malah, ianya turut disertai beberapa sukarelawan dari beberapa negara, termasuklah rakyat negara kita. Apa yang merisaukan kita adalah mengenai rakyat kita yang menjadi tahanan pihak Israil. Apakah nasib mereka di tempat Zionis nanti?
Akibat kelakuan biadap Rejim Zionis, seluruh dunia bangkit untuk mengutuk serangan itu. Malah, sekutu kuat Israil, Amerika Syarikat turut mendapat tempiasnya. Pelbagai demonstrasi dan tunjuk perasaan diadakan di seluruh dunia. Antaranya adalah untuk menuntut Amerika Syarikat dan PBB mengenakan tindakan terhadap Israil kerana serangan itu . Malah, ianya adalah melanggar undang-undang antarabangsa kerana kapal yang dinaiki para sukarelawan berada di perairan antarabangsa semasa diserang. Namun, semasa sidang tergenpar Majlis Keselamatan PBB, pihak majlis hanya mampu mengutuk serangan itu secara beralas kerana wakil Amerika Syarikat cuba mempertahankan Israil.
Dalam satu sidang media, Wisma Putra telah diarahkan oleh Perdana Menteri untuk membawa pulang rakyat kita yang berada dalam tahanan Israil. Pihak Wisma Putra telah memohon bantuan dari beberapa pihak untuk membawa keluar rakyat kita kerana secara diplomatiknya, Malaysia tidak menpunyai ikatan perhubungan dengan Israil. Dari maklumat yang diberi Menteri Luar, beberapa negara sudah mengesahkan untuk menbantu Malaysia dalam usaha membawa pulang rakyat kita. Antaranya ialah Turki dan Jordan.
Sebagai umat Islam, saya menyeru agar kita sama-sama berdoa agar saudara kita yang ditahan oleh Zionis berada dalam keadaan selamat. Saya juga menyeru agar kita sama-sama berdoa agar ALLAH melaknat kekejaman yang dilakukan Zionis kepada saudara seagama kita di Palestin...
"... Ya ALLAH...Aku bermohon pada MU...Selamatkanlah saudara kami yang ditahan puak yahudi...Selamatkanlah saudara kami di bumi Palestin..dan laknatkanlah yahudi yang zalim pada saudara kami..."
Ulasan