Hari ni dah 5 Jun 2010. Ini bermakna 6 hari lagi, bermulalah kejohanan sukan terhebat di dunia. Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Apa ramalan anda semua? Pasukan mana yang bakal menjulang Piala Dunia untuk tahun 2010 ni? Adakah Itali mampu mengekalkan gelaran? Semuanya akan dapat kita ikuti bermula 11 Jun 2010 ni. Pasti kita dapat melihat aksi hebat bola sepak yang ditampilkan oleh semua pasukan.
Dengan beberapa hari berbaki sebelum sepak mula, pelbagai spekulasi telah kita dengar mengenai setiap pasukan. Ini termasuklah mengenai kecederaan pemain-pemain utama pasukan. Antaranya ialah Ballack (Jerman), Beckham & Ferdinand (England), dan Drogba (Ivory Coast). Jadi, tentu peminat-peminat pasukan ni akan jadi gelisah.
Apapun, kita tunggu lah sehingga tamat saingan untuk melihat pasukan mana yang bakal dinobat juara Piala Dunia 2010.
p/s : Akhirnya, saya dah melengkapkan post yang ke-300. Tahun ni tak banyak dapat post. Kalau tak, mesti dah banyak jumlah post saya,kan...Hehehe...
Ulasan