Langkau ke kandungan utama

Seminggu Pertama...

Hari ni genaplah seminggu saya bekerja di Pacific KB Mall ni. Setakat ni tak ada masalah sangat la. Cuma saya masih cuba belajar untuk mengurus bahagian saya. Kalau ikutkan semasa temuduga dulu, saya diberitahu bahawa mungkin saya akan dihantar untuk latihan di mana-mana cawangan selama sebulan. Tapi, bila saya lapor diri minggu lepas, saya dimaklumkan bahawa saya tak perlu menjalani latihan di cawangan lain kerana kebetulannya, ada kakitangan dari ibu pejabat akan datang ke sini pada Julai nanti. Jadi, saya akan menjalani latihan di sini je.

Sampai sekarang, saya hanya membuat tugasan mudah yang diajar oleh kakitangan lain dalam bahagian saya. Bukan apa, walaupun saya sebagai penyelia, saya kena biasakan juga dengan tugas-tugas yang lain. Sementara saya dilatih, bolehlah saya buat apa yang patut. Saya pun tak tahu sangat lagi tugas-tugas lain. Cuma harapan saya adalah segalanya akan sempurna tanpa ada masalah-masalah yang memeningkan. Maklumlah, bila mula-mula nak kerja ni, banyak benda nak kena tahu. Boleh pening dibuatnya...

Ulasan

mytafa berkata…
yeay...alhamdulillah..
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
Alhamdulillah...stakat ni ok

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com