Hari ni saya nak kongsi cerita, gambar-gambar dan video sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pada Sabtu lepas.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ni, saya bertolak dari Kota Bharu pada hari Jumaat. Sekitar jam 7.30 malam, saya bertolak untuk ke Terengganu. Sampai di tempat adik saya sekitar jam 10.30 malam. Lepas makan dan rehat kejap, kami bertolak sekitar jam 11.15 malam. Kami berhenti untuk rehat dan tidur di R&R Temerloh pada jam 3.30 pagi. Jam 9 pagi, kami mulakan perjalanan ke Stadium Nasinal Bukit Jalil.
Kami sampai di Bukit Jalil sekitar jam 11.45 pagi. Tapi kami tak dapat masuk kawasan stadium sebab ada jalan yang ditutup. Adik saya pun tak tahu pasal penutupan jalan tu. Jadi, terpaksa la pusing dulu 2,3 kali, baru boleh masuk kawasan stadium. Lepas letak kereta, kami pun pusing-pusing sekitar stadium. Kebetulan kawan sekerja saya, Hamidi dah sampai awal pagi tadi. Kami pusing-pusing je dulu, sambil-sambil beli peralatan The Red Warriors.
Dalam jam 3 petang, hujan pulak. Terpaksa la duk berkurung dalam kereta jap. Lepas hujan berhenti, saya pun bersiap dengan baju The Red Warriors. Kami terus beratur untuk masuk ke dalam stadium. Lama gak duk berhimpit-himpit untuk masuk. Lebih kurang sejam, baru la boleh masuk. Kami tunggu je dalam stadium sampai malam. Lama gak. Dari jam 4 lebih, nak tunggu perlawanan yang mula jam 8.45 malam. Tapi, kadang-kadang terhibur gak la dengan gelagat para penyokong yang lain. Macam-macam karenah dapat dilihat.
Semangat The Red Warriors.
Suasana dalam stadium
Sampailan detik jam 8.45 malam, perlawanan dimulakan oleh pengadil perlawanan,
Subkhidin Salleh. Pada mulanya nampak seimbang, namun entah kenapa, Kelantan dilihat hilang rentak hebat mereka. Mereka bagaikan kaku dalam padang. Ini membolehkan Negeri Sembilan mendahului menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah. Selepas jaringan itu, menyusul pula beberapa peluang oleh pemain Negeri Sembilan, namun berjaya digagalkan oleh pertahanan dan penjaga gol Kelantan. Kelantan pula cuba bangkit, namun seakan-akan sukar mencari ruang sesuai untuk menyerang. Akhirnya, Negeri Sembilan lebih mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama. Separuh masa pertama, Negeri Sembilan 1 - 0 Kelantan.
Penalti Negeri Sembilan
Keputusan separuh masa pertama.
Mula babak kedua, Kelantan seakan-akan terjaga dari lena. Dari awal, mereka terus mengasak kubu Negeri Sembilan. Beberapa cubaan telah tercipta, namun berjaya dipatahkan oleh pemain Negeri Sembilan. Sehinggalah kecederaan yang menimpa ketua pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan, Negeri Sembilan seakan-akan mudah untuk ditembusi. Hasilnya, terciptalah gol penyamaan oleh Hairuddin Omar dan kemudian gol kemenangan yang dijaringkan oleh Piya. Sekaligus menobatkan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia 2010.
Detik gembira kemenangan Kelantan
Lepas perlawanan, kami duk lagi dalam stadium. Bergambar dan menghayati kemenangan tu dalam stadium. Bila keluar, kami lepak-lepak dulu sambil cari cenderahati untuk dibawa balik. Sekitar jam 1 pagi, baru la kami mula meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan senyuman paling bermakna.
Keseluruhannya, memang saya berpuas hati. Tak sia-sia berhabis duit untuk ke Bukit Jalil. Suara pun hilang sebab kuat sangat bersorak. Balik je Kota Bharu, terus demam...Hehehe... Tapi takpe. Yang penting, puas hati melihat kejayaan pasukan Kelantan untuk tahun 2010 ni.
~~Gomo Kelate Gomo~~
Ulasan
aku dok area bukit jalil gak..
xpe2..tahun depan kalau kelantan masuk final lg, aku singgah...hehe