Langkau ke kandungan utama

Tahniah Negeri Sembilan....


 Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Terengganu untuk bergelar juara Piala Malaysia 2011...

Negeri Sembilan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka antara pasukan elit negara apabila mara ke final Piala Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, malah pencapaian dan permainan mereka yang tidak kenal erti mengalah membolehkan mereka menumpaskan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam semalam. terdahulu, Ashaari Shamsudin memperolehi gol pertama Terengganu, namun disamakan oleh S. Kunanlan menerusi gol yang semsetinya mengecewakan para pemain dan penyokong terengganu. Sesungguhnya aksi Sharbinee yang melepaskan gol mudah sebegitu mengukuhkan lagi tohmahan dan andaian para penyokong terhadapnya selama ini. Sebagai penjaga gol kebangsaan, kesilapan sebegitu memang tidak boleh dimaafkan.Kalau diperhatikan, hampir setiap perlawanan Sharbinee akan melakukan beberapa kesilapan mudah sebegitu.

Dan ketika permainan hampir ke penghujung, Hairudin Omar menjadi wira Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol kemenangan. Gol itu juga merupakan sejarah baru dalam bola sepak negara apabila Hairudin Omar berjaya memasuki 3 final Piala Malaysia berturut-turut, malah menaringkan gol dalam ketiga-tiga final untuk merangkul gelaran juara. Satu pencapaian yang memang menakjubkan oleh seorang pemain yang agak berusia sepertinya.

 Apa pun, Terengganu tetap bermain baik. Jika kerana beberapa kesilapan mudah, tentu mereka berjaya mrangkul piala kedua tahun ini. Apa pun, semalam adalah perlawanan terakhir jurulatih Terengganu, Hj. Irfan Bakti kerana dia dikhabarkan akan ke pasukan lain musim depan.

 Berakhirnya perlawanan akhir semalam, maka tutup sudah tirai kejohanan bola sepak di Malaysia untuk 2011 ini. Selepas ini, setiap pasukan akan mula merencana perancangan untuk musim 2012 nanti. Tentu sekali saya menantikan perkhabaran dari pasukan The Red Warriors. Terdapat beberapa khabar angin mengenai kemasukan beberapa pemain dari negeri lain ke Kelantan, namun ianya belum disahkan lagi. Harap Kelantan akan terus merajai Liga Malaysia tahun hadapan...InsyaALLAH...


Gomo Kelate Gomo....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...