Langkau ke kandungan utama

Hilangnya Ikon Dunia Teknologi Maklumat...


Seperti kita semua tahu, semalam dunia telah kehilangan seorang ikon dan juga lagenda dalam dunia teknologi maklumat dan perkomputeran. Steve Jobs, pengasas Apple telah meninggal selepas menderita barah pankreas.

Steve Jobs telah membuat kejutan apabila melepaskan jawatan CEO kepada pembantunya, Tim Cook pada Ogos lalu kerana sudah tidak mampu menjalankan tugasnya. Namun, masih kekal sebagai pengerusi syarikat.

Ternyata kematian Steve Jobs merupakan satu kehilangan besar dalam dunia perkomputeran dan teknologi maklumat. Idea dan inovasi dari Steve Jobs telah banyak merubah landskap teknologi dunia. Malah, ianya turut diakui oleh tokoh-tokoh lain seperti Bill Gates, pengasas Microsoft.

Steve Jobs turut terkenal dengan kepetahan dan kebijaksanaannya sewaktu berucap. Ini dapat dilihat setiap kali beliau memperkenalkan produk baru syarikatnya. Malah, kepetahannya itu turut membolehkannya manjadi ikon kepada masyarakat sedunia.

Walaupun Steve jobs telah tiada, namun sumbangannya nyata akan terus menjadi tanda aras terbaik untuk generasi akan datang. Legasi Steve Jobs akan terus dikenang.

Terima kasih Steve Jobs...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com