Wah...memang lama giler tak update blog ni...Last update pun 17 September lepas. Kesian blog kesayangan saya nih....Hehehe...
Ok...Kali ni saya nak kongsi mengenai pengalaman saya selama 2 minggu di Port Dickson. Pada 19 hingga 29 September lalu, saya telah mengikuti Kursus Induksi (Umum & Khusus) Kumpulan 1 Bilangan 17/2011 di The Regency Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Rasanya semua tau kot pasal kursus induksi ni. Sebagai kakitangan baru untuk sektor awam, memang saya perlu mengikuti kursus induksi ni. Cuma agak menguntungkan bila baru je 4 bulan kerja, saya sudah dipanggil untuk induksi ni. Kalau dilihat senario semasa untuk jawatan-jawatan lain dalam sektor awam ni, agak lambat untuk seseorang kakitangan tu dipanggil induksi. Tapi untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 ni, memang cepat je tempoh untuk kita dipanggil menyertai kursus induksi.
Sepanjang tarikh 19 hingga 29 September, terdapat dua tempat diadakan kursus induksi bagi kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Satu di Port Dickson yang saya sertai, dan satu lagi di Shah Alam, Selangor. Di Port Dickson pula, terdapat dua kumpulan yang terlibat. Untuk kursus di Port dickson, majoriti peserta adalah dari tempat saya, Politeknik Muadzam Shah (PMS) iaitu seramai 12 orang. 5 orang untuk kumpulan 16 dan 7 lagi untuk kumpulan 17. Antara yang turut mengikuti kursus bersama-sama saya adalah Bariey, Ku Naza, Dayah, Ijam, Din, Wan, dan Saiful (Sekadar beberapa nama. Yang lain jangan kecik hati ek...hehehe).
Pada 19 September, saya bertolak dari PMS ke PD dalam jam 10.30 pagi lagi. Kami samapai di PD dalam jam 1.30 tengahari. Kami berhenti rehat jap sebelum masuk dan lapor diri di The Regency. Kami daftar dan lapor diri dalam jam 2.15 petang. Lepas lapor diri, kami naik ke bilik untuk berehat kejap sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai. Dalam jam 5 petang, saya dan beberapa kawan lelaki dari PMS turun untuk mandi di pantai. Alang-alang dah sampai Port Dickson, takkan la tak mandi pantai...Hehehe...Mandi 30 minit pun dah ok...
Sebelah malam, ada taklimat dari pihak urusetia. Biasa la, taklimat mengenai program yang bakal diadakan sepanjang 2 minggu kami di PD ni. Lepas habis taklimat, saya ikut kawan-kawan keluar minum dekat-dekat PD ni. Saja keluar minum sambil sembang-sembang. Dalam kul 12 tengah malam gak baru balik hotel.
Keesokan hari, bermula la sesi induksi. Jadual penuh dengan taklimat dan ceramah. Ada yang boring, ada gak yang best. Antara penceramah yang boleh dianggap terbaik adalah Mr. Segar dari Politeknik Seberang Perai, En. Zaidi dari Kolej komuniti Sungai Petani, dan En. Fariz dari Kolej komuniti bukit Beruang. Memang seronok la dengar taklimat mereka. Takdelah ngantuk macam taklimat yang lain tu.
Sepanjang induksi, setiap peserta dikehendaki berucap sekurang-kurangnya 5 minit seorang. Akan ada slot untuk sesi pengucapan awam. Jadi, semua peserta mesti berucap, kecuali Penghulu dan Penghuluwati. Macam-macam topik ada. Ada yang bercerita pasal bola, ada yang bagi tips-tips tertentu, dan ada juga yang bercerita mengenai pengalaman masing-masing. Saya sekadar bercerita mengenai pengalaman saya sendiri saja. Alhamdulillah, topik saya berjaya menarik minat peserta lain...Hehehe...
Apa yang seronoknya kursus induksi ni ialah jadual waktu yang agak fleksibel. Masa boleh dianjak mengikut perbincangan antara pihak penceramah dan juga peserta. Jadi, ada hari-hari yang kelas malam dianjak pada sebelah petang. Jadi, boleh la kami melakukan aktiviti lain pada sebelah malam. Antaranya ialah bermain futsal. Saya sendiri sempat bermain 2 kali. Kali pertama tu kejap je sebab kasut terkoyak. Kali kedua main tu, full time...Hehehe...Walaupun hanya berkaki ayam, tapi semangat gak nak main. Sampai sakit badan. Maklumlah, saya sebelum ni tak pernah main futsal. Main bola kat padang pun zaman sekolah je dulu. Bila dah tua nih, macam-macam la ragamnya...Hehehe...
Selain pengucapan awam, para peserta juga diberikan tugasan untuk disiapkan. Satu tugasan individu, dan satu lagi tugasan kumpulan. Setiap peserta perlu menghantarnya sehari sebelum tamat induksi. Selain tugasan, ada juga ujian yang dijalankan pada hari terakhir induksi. Ujian ini akan menilai tahap kefahaman para peserta sepanjang kursus. Bagi saya agak perit la sikit nak study untuk ujian nih. Maklumlah, dah lama sangat tak study dan jawab exam. Bila nak kena jawab exam nih, mesti la berkerut dahi. Jawab pun ala kadar je. Harap-harap lulus la. Kalau tak, tak pasal-pasal kena induksi sekali lagi...Huhuhu...
Lepas exam, terus je balik Muadzam. Tak sempat dah nak jalan mana-mana. Lagi pun gerak dari PD pun dalam jam 2.30 petang. Nanti sampai gelap pulak.
Apa pun, kursus induksi kali ni memang memberi banyak kenangan. Selain dapat banyak pengetahuan, dapat gak kenalan-kenalan baru. Antaranya Irwan dan Faris dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Arshad, Azli & Hazra dari Kolej Komuniti Jempol, Zaki dari Kolej komuniti Rompin dan ramai lagi. Diharap perkenalan ini berkekalan sampai bila-bila. InsyaALLAH...

Ulasan